{"id":17112,"date":"2026-10-26T03:58:10","date_gmt":"2026-10-26T03:58:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17112"},"modified":"2026-10-26T03:58:10","modified_gmt":"2026-10-26T03:58:10","slug":"mca-tidak-puas-hati-dakwa-umno-ketepikan-rundingan-kerusi-di-melaka-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mca-tidak-puas-hati-dakwa-umno-ketepikan-rundingan-kerusi-di-melaka-laporan\/","title":{"rendered":"MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>MCA mendakwa UMNO tidak serius dalam rundingan pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila pandangan parti itu tidak diambil kira sebelum pengumuman calon Barisan Nasional (BN) dibuat.<\/p>\n<p>Naib Presiden MCA, Lawrence Low Ah Keong berkata, hasrat parti itu untuk mempertahankan dua kerusi yang dimenangi pada PRN Melaka 2021, selain menambah dua lagi kerusi tradisional untuk ditandingi, seolah-olah diketepikan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, rundingan antara MCA dan UMNO mengenai calon yang bakal bertanding masih belum dimuktamadkan ketika pengumuman dibuat.<\/p>\n<p>\u201cKami tidak puas hati kerana hanya dimaklumkan majlis itu berkaitan pelancaran jentera tetapi tiba-tiba ada pengumuman calon, sedangkan berdasarkan kefahaman kami, perbincangan mengenai calon masih belum dimuktamadkan.<\/p>\n<p>\u201cJadi MCA mahu mengadakan perbincangan di peringkat BN supaya hasrat dan suara kami dipertimbangkan serta diambil serius sebelum pilihan raya berlangsung,\u201d katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Kelmarin, Presiden MCA, Wee Ka Siong bersama beberapa pemimpin parti itu bertindak meninggalkan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selepas tidak berpuas hati dengan pengumuman calon BN yang didakwa dibuat tanpa persetujuan pimpinan tertinggi MCA.<\/p>\n<p>MCA turut memutuskan untuk tidak mengiktiraf calon yang diumumkan BN dalam majlis berkenaan.<\/p>\n<p>Lawrence berkata, MCA mempunyai tujuh kerusi tradisional di Melaka, dengan satu daripadanya diserahkan kepada UMNO, manakala dua lagi berjaya dimenangi parti itu pada PRN 2021.<\/p>\n<p>Beliau berkata, MCA memahami keperluan pembahagian kerusi mengambil kira kerjasama BN dengan parti lain, namun rundingan sewajarnya dilakukan secara adil.<\/p>\n<p>\u201cHasrat MCA adalah mempertahankan dua kerusi dimenangi dan menambah dua lagi kerusi tradisional untuk ditandingi.<\/p>\n<p>\u201cPada masa sama, Ka Siong belum menghantar nama calon kepada BN. Jadi bagaimana mereka tahu jika MCA mahu kekalkan calon sedia ada atau mahukan nama baharu?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, MCA perlu bertegas dalam mempertahankan pendiriannya dan tidak boleh dilihat sekadar menjadi pelengkap dalam BN.<\/p>\n<p>Menurutnya, setiap keputusan berkaitan pembahagian kerusi perlu dibuat secara konsensus kerana ia membabitkan maruah serta kepentingan parti.<\/p>\n<p>\u201cMCA perlu bertegas dengan pendirian, tidak boleh sekadar jadi pelengkap atau \u2018pak angguk\u2019 sahaja kerana kami mahu mendapatkan semula kepercayaan masyarakat, apatah lagi sokongan mereka kepada PH dan DAP kini sedang merosot.<\/p>\n<p>\u201cJika MCA kuat, siapa yang untung? BN juga yang untung. UMNO kena ambil kira perkara ini kerana ia bukan hanya melibatkan soal agihan kerusi, tetapi kelangsungan MCA untuk kembali kuat dalam kalangan masyarakat Tionghua,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, UMNO dan MCA perlu diberikan ruang untuk mengadakan rundingan secara mendalam sebelum sebarang keputusan atau tindakan susulan dibuat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MCA mendakwa UMNO tidak serius dalam rundingan pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila pandangan parti itu tidak diambil kira sebelum pengumuman calon Barisan Nasional (BN) dibuat. Naib Presiden MCA, Lawrence Low Ah Keong berkata, hasrat parti itu untuk mempertahankan dua kerusi yang dimenangi pada PRN Melaka 2021, selain menambah dua lagi kerusi tradisional [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15573,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[100,5399,180,192,103,758,146],"authors":[],"class_list":["post-17112","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerusi","tag-lawrence-low-ah-keong","tag-mca","tag-melaka","tag-prn","tag-rundingan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17112","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17112"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17112\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17113,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17112\/revisions\/17113"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15573"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17112"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17112"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17112"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17112"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}