{"id":17114,"date":"2026-10-26T04:04:39","date_gmt":"2026-10-26T04:04:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17114"},"modified":"2026-10-26T04:04:39","modified_gmt":"2026-10-26T04:04:39","slug":"amk-rafizi-perlu-jawab-dakwaan-bukan-sekadar-saman-ramanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-rafizi-perlu-jawab-dakwaan-bukan-sekadar-saman-ramanan\/","title":{"rendered":"AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyaman R. Ramanan berhubung kenyataan berunsur fitnah didakwa sebagai cubaan mengalihkan perhatian daripada persoalan asal yang dibangkitkan terhadapnya.<\/p>\n<p>Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, Rafizi sepatutnya mengemukakan bukti sahih bagi menyokong dakwaan yang dibuat sebelum ini, bukannya membiarkan isu berkenaan berlarutan dalam pertikaian undang-undang.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan saman adalah hak Rafizi, namun ia tidak seharusnya menenggelamkan persoalan utama yang masih memerlukan penjelasan.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya, Rafizi tidak boleh hanya berani membuat dakwaan, tetapi apabila diminta menjelaskan dan mengemukakan bukti, isu itu bertukar menjadi pertikaian undang-undang dengan pihak yang mempersoalkan beliau.<\/p>\n<p>\u201cSaya nak tegaskan, saman-menyaman itu hak beliau. Tetapi jangan sampai tindakan mahkamah dijadikan isu yang menenggelamkan persoalan asal.<\/p>\n<p>\u201cRakyat nak tahu, apa asas kepada dakwaan yang dibuat sebelum ini? Kalau ada bukti, kemukakan bukti. Kalau ada fakta, bentangkan fakta. Jangan biarkan rakyat terus tertanya-tanya,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Rafizi mengarahkan pasukan peguamnya memulakan tindakan saman terhadap Ramanan susulan kenyataan berunsur fitnah yang didakwa dibuat dalam satu sidang media.<\/p>\n<p>Rafizi mendakwa sidang media Ramanan turut mengesahkan beliau belum mengambil tindakan mahkamah terhadapnya berhubung dakwaan suapan RM9.5 juta.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi turut mencadangkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung dakwaan membuat kenyataan tidak benar di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Dzul Hilmi berkata, Rafizi bukan orang baharu dalam politik dan pernah memegang jawatan Menteri Ekonomi, justeru standard pertanggungjawaban yang sama perlu terpakai kepada dirinya.<\/p>\n<p>Katanya, seseorang pemimpin tidak seharusnya hanya lantang menuntut pihak lain menjawab persoalan, tetapi perlu bersedia memberikan penjelasan apabila dirinya sendiri dipersoalkan.<\/p>\n<p>\u201cPolitik bukan soal siapa paling petah bercakap atau siapa paling cepat membawa isu ke mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cPolitik soal tanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuat kepada rakyat. Kalau kita melemparkan dakwaan yang serius, kita mesti bersedia mempertahankan dakwaan itu dengan fakta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak mahu mendahului mahkamah atau membuat sebarang tuduhan yang belum dibuktikan.<\/p>\n<p>Dzul Hilmi menegaskan, tindakan menyaman seseorang tidak semestinya menjawab persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cRafizi perlu faham, rakyat bukan mudah dialihkan perhatian. Rakyat mahu jawapan, bukan polemik dan dendam politik yang tidak berkesudahan.<\/p>\n<p>\u201cKalau benar dakwaan itu berasas, jelaskan. Kalau tidak, berilah penjelasan yang meyakinkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penjelasan yang tuntas diperlukan bagi mengelakkan persepsi negatif terus berlegar dalam kalangan rakyat berhubung isu berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyaman R. Ramanan berhubung kenyataan berunsur fitnah didakwa sebagai cubaan mengalihkan perhatian daripada persoalan asal yang dibangkitkan terhadapnya. Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, Rafizi sepatutnya mengemukakan bukti sahih bagi menyokong dakwaan yang dibuat sebelum ini, bukannya membiarkan isu berkenaan berlarutan dalam pertikaian undang-undang. Menurutnya, tindakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11974,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,4066,3316,9,3556,209,290,825],"authors":[],"class_list":["post-17114","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-dzul-hilmi-zainol","tag-mafia-korporat","tag-pkr","tag-r-ramanan","tag-rafizi-ramli","tag-saman","tag-saman-fitnah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17114","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17114"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17114\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17115,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17114\/revisions\/17115"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11974"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17114"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17114"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17114"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17114"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}