{"id":17121,"date":"2026-10-26T12:00:03","date_gmt":"2026-10-26T12:00:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17121"},"modified":"2026-10-26T12:00:03","modified_gmt":"2026-10-26T12:00:03","slug":"parlimen-rayer-diminta-hantar-surat-rasmi-rujuk-takiyuddin-ke-jawatankuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/parlimen-rayer-diminta-hantar-surat-rasmi-rujuk-takiyuddin-ke-jawatankuasa\/","title":{"rendered":"Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa"},"content":{"rendered":"<p>Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul meminta Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengemukakan surat rasmi sekiranya mahu Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.<\/p>\n<p>Johari berkata, jawatankuasa itu akan meneliti isu penggunaan perkataan \u2018munafik\u2019 oleh Takiyuddin yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika membahaskan Belanjawan 2027 pada Isnin lalu.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, keputusan sama ada tindakan lanjut perlu diambil terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu itu akan ditentukan oleh jawatankuasa berkenaan, bukannya beliau secara peribadi.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan memanggil jawatankuasa untuk melihat dan bukan keputusan saya selepas itu. Keputusannya adalah keputusan jawatankuasa yang dianggotai oleh dua-dua belah pihak, saya hanya akan mengumumkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, Rayer membangkitkan isu berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 36(4) yang melarang Ahli Parlimen menggunakan bahasa kurang sopan ketika persidangan.<\/p>\n<p>Johari berkata, beliau sebelum ini telah meminta Takiyuddin menarik balik perkataan berkenaan, namun Ahli Parlimen itu menerusi surat bertarikh 22 Oktober mencadangkan supaya proses mediasi diadakan tanpa menarik balik kenyataannya.<\/p>\n<p>Speaker Dewan Rakyat itu turut melahirkan rasa dukacita apabila Takiyuddin membuat kenyataan kepada media mengenai surat berkenaan sebelum beliau sempat memberikan maklum balas.<\/p>\n<p>\u201cSaya dukacita apabila beliau membuat kenyataan kepada media sebelum saya sempat memberikan maklum balas terhadap suratnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Rayer pula berkata, beliau akur dengan peraturan Dewan dan berpendapat Takiyuddin juga perlu mematuhi peraturan sama.<\/p>\n<p>Pada Rabu lalu, Johari memaklumkan beliau telah meneliti hansard sebelum memutuskan Takiyuddin perlu menarik balik perkataan \u2018munafik\u2019 itu, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau melalui penjelasan bertulis kepada Speaker.<\/p>\n<p>Isu berkenaan kini menjadi perhatian selepas penggunaan bahasa yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dalam perbahasan Belanjawan 2027 mencetuskan pertikaian mengenai tatacara dan disiplin Ahli Parlimen.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul meminta Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengemukakan surat rasmi sekiranya mahu Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Johari berkata, jawatankuasa itu akan meneliti isu penggunaan perkataan \u2018munafik\u2019 oleh Takiyuddin yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika membahaskan Belanjawan 2027 pada Isnin lalu. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2196,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5401,1288,948,5340,309,4674,697],"authors":[],"class_list":["post-17121","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-parlimen-jelutong","tag-isu","tag-johari-abdul","tag-munafik","tag-parlimen","tag-rsn-rayer","tag-speaker"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17121","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17121"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17121\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17122,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17121\/revisions\/17122"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2196"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17121"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17121"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17121"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17121"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}