{"id":17123,"date":"2026-10-26T12:01:43","date_gmt":"2026-10-26T12:01:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17123"},"modified":"2026-10-26T12:01:43","modified_gmt":"2026-10-26T12:01:43","slug":"tanah-ltat-rm420-juta-dijual-kepada-as-melalui-tender-khaled-nordin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tanah-ltat-rm420-juta-dijual-kepada-as-melalui-tender-khaled-nordin\/","title":{"rendered":"Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin"},"content":{"rendered":"<p>Penjualan tanah milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Ampang Hilir kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bernilai RM420 juta dilaksanakan melalui proses tender dan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya, kata Khaled Nordin.<\/p>\n<p>Menteri Pertahanan itu berkata transaksi itu dibuat mengikut dasar, prosedur serta tadbir urus LTAT, selain mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan.<\/p>\n<p>Menurutnya, beberapa syarikat menyertai proses tender bagi mendapatkan hak pajakan tanah berkenaan, sebelum kerajaan AS dipilih sebagai pihak berjaya.<\/p>\n<p>\u201cMemang ada tender, beberapa syarikat telah masuk dan AS telah berjaya,\u201d katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Khaled menjelaskan, urus niaga itu membabitkan pembelian hak pajakan oleh kerajaan AS bagi membina kedutaan baharu negara itu di Ampang Hilir, bukannya pemindahan hak milik tanah.<\/p>\n<p>Beliau berkata status tanah berkenaan kekal sebagai tanah pajakan, manakala pemilikannya masih di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cMaknanya AS beli pajakan. Penjualan itu juga sebahagian daripada usaha mengimbangi semula portfolio aset LTAT,\u201d katanya.<\/p>\n<p>LTAT merupakan institusi yang menguruskan simpanan dan pelaburan anggota Angkatan Tentera Malaysia serta menyediakan manfaat persaraan kepada anggota tentera.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berasingan, Khaled berkata Kementerian Pertahanan memandang serius perkembangan ketenteraan di Pulau Balabac, Filipina, yang terletak berhampiran Sabah.<\/p>\n<p>Beliau berkata peningkatan kehadiran serta keupayaan ketenteraan Filipina dengan sokongan AS berpotensi mencetuskan ketegangan antara kuasa besar di kawasan geografi yang kecil dan sempit.<\/p>\n<p>Menurutnya, ketegangan berpanjangan atau konflik di kawasan itu berisiko merebak ke wilayah berhampiran termasuk Sabah, meskipun Malaysia tidak terbabit secara langsung.<\/p>\n<p>\u201cKita memberi jaminan kementerian sentiasa memantau perkembangan itu dan mengkaji implikasinya terhadap pertahanan negara.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan juga terus memperkukuh kehadiran dan postur pertahanan di Sabah merangkumi aspek darat, laut dan udara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kebimbangan terhadap perkembangan itu timbul susulan kerjasama pertahanan Filipina dan AS yang menyaksikan peningkatan pembangunan kemudahan ketenteraan, termasuk di Pulau Balabac, Palawan.<\/p>\n<p>Pulau berkenaan terletak kira-kira 50 kilometer dari Pulau Banggi di Sabah, sekali gus menjadikan perkembangan keselamatan di kawasan itu penting kepada kepentingan pertahanan Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penjualan tanah milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Ampang Hilir kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bernilai RM420 juta dilaksanakan melalui proses tender dan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya, kata Khaled Nordin. Menteri Pertahanan itu berkata transaksi itu dibuat mengikut dasar, prosedur serta tadbir urus LTAT, selain mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan. Menurutnya, beberapa syarikat menyertai proses [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6599,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5404,3735,401,5402,5403,930,1699,146],"authors":[],"class_list":["post-17123","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ampang-hilir","tag-jual","tag-khaled-nordin","tag-lembaga-tabung-angkatan-tentera","tag-ltat","tag-pertahanan","tag-tanah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17123","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17123"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17123\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17124,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17123\/revisions\/17124"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6599"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17123"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17123"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17123"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17123"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}