{"id":17129,"date":"2026-10-26T12:09:44","date_gmt":"2026-10-26T12:09:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17129"},"modified":"2026-10-26T12:09:44","modified_gmt":"2026-10-26T12:09:44","slug":"tok-mat-persoal-keberkesanan-unhcr-urus-pelarian-rohingya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tok-mat-persoal-keberkesanan-unhcr-urus-pelarian-rohingya\/","title":{"rendered":"Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan sedang mengkaji semula keperluan kehadiran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia susulan kegagalannya memainkan peranan dalam menempatkan semula pelarian ke negara ketiga.<\/p>\n<p>Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata UNHCR dilihat tidak lagi melaksanakan tanggungjawab seperti ketika mengendalikan isu pelarian Vietnam antara 1978 hingga 1990.<\/p>\n<p>Beliau berkata, jumlah pelarian yang berjaya ditempatkan semula ke negara ketiga dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini hanya sekitar 5,000 orang, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan peranan badan antarabangsa itu.<\/p>\n<p>\u201cMajoriti pelarian Rohingya adalah pemegang kad UNHCR. Kita minta UNHCR menghantar mereka ke negara ketiga, tetapi UNHCR gagal.<\/p>\n<p>\u201cOleh sebab itu, kita mengkaji semula kehadiran UNHCR di negara ini,\u201d katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad berkata, prestasi UNHCR ketika ini berbeza berbanding peranannya dalam menguruskan penempatan semula pelarian Vietnam pada era 1970-an hingga 1990-an.<\/p>\n<p>Katanya, jumlah penempatan semula yang direkodkan dalam tempoh kebelakangan ini juga bukan melibatkan pelarian Rohingya, sebaliknya etnik lain dari Myanmar.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya UNHCR memainkan peranan mereka seperti yang mereka buat semasa pelarian Vietnam dahulu, tetapi sekarang tidak ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohamad turut memberi amaran isu pelarian semakin mencabar apabila beberapa negara yang sebelum ini menerima golongan berkenaan, termasuk Australia, Jerman dan Amerika Syarikat (AS), kini mengetatkan dasar kemasukan mereka.<\/p>\n<p>Menurutnya, pelaksanaan dasar antimigran di negara terbabit turut menyukarkan usaha penempatan semula pelarian, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Malaysia.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau berkata Malaysia perlu mengadakan rundingan dan libat urus dengan kerajaan Myanmar bagi mencari penyelesaian terhadap isu pelarian yang berlarutan.<\/p>\n<p>Katanya, pendekatan itu penting bagi mengelakkan Malaysia terus menanggung beban pengurusan pelarian tanpa penyelesaian jangka panjang.<\/p>\n<p>\u201cIni masalahnya, kita akan terbeban. Kita perlu adakan libat urus bersama kerajaan Myanmar.<\/p>\n<p>\u201cKalau tidak, mahu buat apa? Mereka lagi suka jika kita tidak bertemu mereka. Mereka lagi suka jika dunia memulaukan mereka, asalkan negara-negara sahabat bersama-sama dan memberikan perlindungan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan sedang mengkaji semula keperluan kehadiran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia susulan kegagalannya memainkan peranan dalam menempatkan semula pelarian ke negara ketiga. Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata UNHCR dilihat tidak lagi melaksanakan tanggungjawab seperti ketika mengendalikan isu pelarian Vietnam antara 1978 hingga 1990. Beliau berkata, jumlah pelarian yang berjaya ditempatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1108,283,5405,4252,4166,4253],"authors":[],"class_list":["post-17129","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kementerian-luar","tag-mohamad-hasan","tag-negara-ketiga","tag-pelarian","tag-rohingya","tag-unchr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17129","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17129"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17129\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17130,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17129\/revisions\/17130"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17129"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17129"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17129"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17129"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}