{"id":17139,"date":"2026-10-27T04:45:21","date_gmt":"2026-10-27T04:45:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17139"},"modified":"2026-10-27T04:45:21","modified_gmt":"2026-10-27T04:45:21","slug":"khabar-angin-letak-jawatan-menteri-besar-ismail-tampil-beri-penjelasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/khabar-angin-letak-jawatan-menteri-besar-ismail-tampil-beri-penjelasan\/","title":{"rendered":"Khabar angin letak jawatan Menteri Besar, Ismail tampil beri penjelasan"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menafikan spekulasi kononnya beliau bakal melepaskan jawatan itu, sambil menegaskan masih mendapat sokongan penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cMemang banyak khabar angin yang tersebar, tetapi saya mendapat sokongan penuh ADUN kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tumpuannya ketika ini adalah memastikan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dapat dibentangkan pada 27 November ini, selain membuat persiapan bagi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Menurutnya, belanjawan itu penting bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pentadbiran negeri berjalan lancar.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama menjelang sidang DUN supaya kita dapat membentangkan dan meluluskannya dengan jayanya,\u201d katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Gedong Lalang, Ampangan, hari ini.<\/p>\n<p>Ismail berkata, satu lagi perbincangan akan diadakan pada hujung bulan ini bagi memuktamadkan belanjawan berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan peruntukan bagi belanjawan itu mencukupi, manakala kerajaan negeri kini menunggu perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum meneruskan proses seterusnya.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu, Ismail berkata, perkara itu berkemungkinan hanya dapat dimuktamadkan selepas keputusan mahkamah berhubung kesahihan pembatalan pelantikan 10 bekas Exco negeri.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku ketika kedudukan pentadbiran kerajaan negeri menjadi perhatian susulan isu pelantikan barisan Exco dan spekulasi mengenai kepimpinan Menteri Besar.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ismail menegaskan beliau kini memberi keutamaan kepada urusan pentadbiran, khususnya persiapan belanjawan negeri yang dijadual dibentangkan bulan depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menafikan spekulasi kononnya beliau bakal melepaskan jawatan itu, sambil menegaskan masih mendapat sokongan penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan. \u201cMemang banyak khabar angin yang tersebar, tetapi saya mendapat sokongan penuh ADUN kerajaan,\u201d katanya. Beliau berkata, tumpuannya ketika ini adalah memastikan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dapat dibentangkan pada 27 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5408,409,4644,114,408,1154],"authors":[],"class_list":["post-17139","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dewan-undangan-negeri","tag-dun","tag-ismail-lasim","tag-letak-jawatan","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17139","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17139"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17139\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17140,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17139\/revisions\/17140"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17139"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}