{"id":1714,"date":"2025-07-23T03:50:54","date_gmt":"2025-07-23T03:50:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1714"},"modified":"2025-07-23T03:50:54","modified_gmt":"2025-07-23T03:50:54","slug":"ron95-turun-jadi-rm1-99-seliter-apabila-subsidi-bersasar-dilaksana-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ron95-turun-jadi-rm1-99-seliter-apabila-subsidi-bersasar-dilaksana-pmx\/","title":{"rendered":"RON95 turun jadi RM1.99 seliter apabila subsidi bersasar dilaksana: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Harga petrol RON95 akan turun lebih rendah iaitu RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan bakar itu dilaksanakan kelak, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata kerajaan kekal untuk meneruskan langkah melaksanakan subsidi bersasar RON95 dan memberi jaminan harga bahan bakar itu akan lebih rendah selepas ini serta tidak menjejaskan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSeterusnya, Kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.<\/p>\n<p>\u201cApa yang pasti, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, Kerajaan beri jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas; bahkan, sukacita saya umumkan harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat,\u201d katanya semasa pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung di televisyen hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata sebaik ia dilaksanakan nanti, harga RON95 akan menjadi RM1.99 seliter dan langkah itu tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.<\/p>\n<p>\u201cApabila penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan nanti, rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter. Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Tegas Anwar, langkah subsidi bersasar itu bertujuan untuk memastikan subsidi dan sumber negara dinikmati oleh golongan yang benar-benar memerlukan dan bukan untuk orang asing.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi.<\/p>\n<p>\u201cBagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun\u2014sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPada masa yang sama, warganegara asing perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Harga petrol RON95 akan turun lebih rendah iaitu RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan bakar itu dilaksanakan kelak, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata kerajaan kekal untuk meneruskan langkah melaksanakan subsidi bersasar RON95 dan memberi jaminan harga bahan bakar itu akan lebih rendah selepas ini serta tidak menjejaskan rakyat. \u201cSeterusnya, Kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":362,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,297,931,76,18,555,296],"authors":[],"class_list":["post-1714","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bersasar","tag-pengumuman","tag-petrol","tag-pmx","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1714","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1714"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1714\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1715,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1714\/revisions\/1715"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/362"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1714"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1714"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1714"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1714"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}