{"id":17152,"date":"2026-10-27T08:09:38","date_gmt":"2026-10-27T08:09:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17152"},"modified":"2026-10-27T08:09:38","modified_gmt":"2026-10-27T08:09:38","slug":"zahid-sahkan-mca-kekal-bertanding-prn-melaka-calon-dipilih-kekal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-sahkan-mca-kekal-bertanding-prn-melaka-calon-dipilih-kekal\/","title":{"rendered":"Zahid sahkan MCA kekal bertanding PRN Melaka, calon dipilih kekal"},"content":{"rendered":"<p>MCA akan kekal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, manakala Barisan Nasional (BN) tidak akan menukar calon menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata pertemuan antara Presiden MCA, Wee Ka Siong, Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menunjukkan perkembangan positif dalam menyelesaikan isu pembahagian kerusi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada Ab Rauf untuk mengumumkan keputusan rasmi hasil rundingan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak dapat mengumumkannya sehingga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka yang telah saya beri mandat untuk membuat pengumumannya. Sila lakukan soalan susulan kepada beliau,\u201d katanya Majlis Perasmian Penutup JELITA Open Day \u2013 12 Hours Sprint Training di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, pada Isnin.<\/p>\n<p>Sebelum ini, MCA menyuarakan bantahan terhadap tindakan mengumumkan calon BN tanpa rundingan dan persetujuan kepimpinan parti itu, terutama apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain.<\/p>\n<p>Wee menegaskan MCA tidak akan mengiktiraf calon parti itu yang diumumkan BN sekiranya tidak mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi MCA.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, BN pada Sabtu lalu mengumumkan calon bagi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk dua wakil MCA iaitu penyandang DUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem dan penyandang DUN Kelebang, Lim Ban Hong.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Zahid berkata ketidakpuasan hati sebahagian pengundi susulan perubahan calon di beberapa kawasan akan ditangani melalui perbincangan dalaman.<\/p>\n<p>\u201cDi mana-mana pilihan raya kecil atau pilihan raya negeri, apatah lagi pilihan raya umum, memang ada permasalahan yang begini, bukan hanya kepada BN sahaja, tetapi berlaku juga kepada parti-parti gabungan yang lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau yakin penyelesaian terbaik boleh dicapai menerusi rundingan antara pihak berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cIni sesuatu yang lazim dan tidak ada sesuatu yang mustahil untuk kita cari jalan penyelesaian yang terbaik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Zahid turut mengesahkan tiada pertukaran calon BN akan dibuat menjelang hari penamaan calon pada 31 Oktober ini.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian PRN Melaka pada 14 November, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MCA akan kekal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, manakala Barisan Nasional (BN) tidak akan menukar calon menjelang hari penamaan calon Sabtu ini. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata pertemuan antara Presiden MCA, Wee Ka Siong, Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menunjukkan perkembangan positif [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15573,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,1037,378,5412,192,103,146],"authors":[],"class_list":["post-17152","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-barisan-nasional","tag-bn","tag-calon-mca","tag-melaka","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17152","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17152"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17152\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17153,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17152\/revisions\/17153"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15573"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17152"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17152"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17152"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17152"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}