{"id":17156,"date":"2026-10-27T08:16:54","date_gmt":"2026-10-27T08:16:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17156"},"modified":"2026-10-27T08:16:54","modified_gmt":"2026-10-27T08:16:54","slug":"ptptn-perinci-penangguhan-bayaran-balik-umum-tidak-lama-lagi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ptptn-perinci-penangguhan-bayaran-balik-umum-tidak-lama-lagi\/","title":{"rendered":"PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi"},"content":{"rendered":"<p>Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memperincikan mekanisme penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan rendah seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027.<\/p>\n<p>Pengerusinya, Norliza Abdul Rahim, berkata kaedah pelaksanaan inisiatif itu masih dibincangkan bersama Kementerian Kewangan sebelum diumumkan dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Beliau berkata, peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan akan diberikan penangguhan bayaran ansuran, manakala mereka yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 hanya perlu membayar RM50 sebulan.<\/p>\n<p>\u201cPendapatan atas RM3,000 kena bayar seperti biasa. Secara terperinci, kita masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan akan mengumumkan kaedahnya secara lebih komprehensif dalam masa terdekat,\u201d katanya selepas menghadiri Program Junior Superhero Simpan SSPN 2026 di Hospital Pulau Pinang, hari ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.<\/p>\n<p>Selain itu, peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan hanya dikenakan bayaran minimum RM50 sebulan, manakala mereka yang berpendapatan melebihi RM3,000 perlu meneruskan bayaran mengikut ketetapan sedia ada.<\/p>\n<p>Kerajaan turut mengumumkan diskaun bayaran balik sebanyak 10% kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat pembayaran secara teratur.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Norliza menggalakkan peminjam yang mempunyai pekerjaan dan berkemampuan supaya terus membuat bayaran balik secara konsisten bagi menikmati insentif diskaun berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihatkan peminjam yang mempunyai tunggakan supaya berunding dengan PTPTN untuk menyusun semula jadual pembayaran mengikut kemampuan masing-masing.<\/p>\n<p>Langkah itu penting bagi membantu peminjam mengurus komitmen kewangan mereka dengan lebih baik, selain mengelakkan masalah tunggakan berpanjangan yang boleh menjejaskan kedudukan akaun pinjaman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memperincikan mekanisme penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan rendah seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027. Pengerusinya, Norliza Abdul Rahim, berkata kaedah pelaksanaan inisiatif itu masih dibincangkan bersama Kementerian Kewangan sebelum diumumkan dalam masa terdekat. Beliau berkata, peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan akan diberikan penangguhan bayaran ansuran, manakala mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4111,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1076,654,973,765,2025,1111],"authors":[],"class_list":["post-17156","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bayaran","tag-mahasiswa","tag-pendidikan","tag-pinjaman","tag-ptptn","tag-tangguh"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17156","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17156"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17156\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17157,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17156\/revisions\/17157"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17156"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17156"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17156"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17156"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}