{"id":17164,"date":"2026-10-27T14:36:41","date_gmt":"2026-10-27T14:36:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17164"},"modified":"2026-10-27T14:36:41","modified_gmt":"2026-10-27T14:36:41","slug":"fahmi-agih-baucar-deepavali-di-lembah-pantai-bantu-ringankan-beban-penduduk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-agih-baucar-deepavali-di-lembah-pantai-bantu-ringankan-beban-penduduk\/","title":{"rendered":"Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk"},"content":{"rendered":"<p>Seramai kira-kira 1,600 penduduk kawasan Parlimen Lembah Pantai menerima baucar RM150 seorang sempena sambutan Deepavali bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dan persiapan menyambut perayaan itu.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, penyerahan baucar fasa pertama bermula malam ini dengan melibatkan lebih 300 penerima, manakala bakinya akan diagihkan di beberapa lokasi lain dalam kawasan parlimen itu malam esok.<\/p>\n<p>Beliau berkata, baucar berkenaan boleh ditebus di beberapa pasar raya terpilih dalam kawasan Lembah Pantai bagi membeli barangan keperluan.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap usaha ini dapat membantu mereka bersiap sedia dan meraikan Deepavali dalam suasana yang ceria. Dengan sedikit bantuan ini, tekanan kos sara hidup untuk membeli barang keperluan dapat kita ringankan,\u201d katanya selepas majlis penyerahan sumbangan di Taman Sri Sentosa, malam ini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Belanjawan 2027 menyediakan pelbagai peruntukan bagi memperkukuh sosioekonomi masyarakat India di negara ini.<\/p>\n<p>Antaranya, dana pembiayaan perniagaan berjumlah RM150 juta menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN Nasional, selain peruntukan RM100 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).<\/p>\n<p>Menurutnya, kemudahan pembiayaan itu dapat membantu usahawan kecil mendapatkan modal untuk mengembangkan perniagaan, membeli peralatan dan memenuhi keperluan operasi mengikut syarat ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cIni yang kita percaya dapat membantu, terutamanya mereka yang merupakan pengusaha perniagaan kecil dan mereka yang dapat memanfaatkan jumlah itu untuk melancarkan perniagaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengenai peruntukan MITRA, Fahmi berkata peningkatan dana itu diharap dapat memperluas manfaat kepada masyarakat India, khususnya dari segi bantuan dan geran.<\/p>\n<p>Beliau turut menyatakan akan menyampaikan maklum balas berkaitan kesukaran mendapatkan akses kepada bantuan MITRA kepada Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan, yang bertanggungjawab terhadap unit berkenaan.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, kebajikan masyarakat India turut dibantu menerusi program kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan membaik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diperoleh bagi menggantikan lif yang rosak di Flat AC4, Taman Sri Sentosa.<\/p>\n<p>Kerja penggantian lif itu dijadualkan bermula awal tahun depan bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan penduduk flat berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai kira-kira 1,600 penduduk kawasan Parlimen Lembah Pantai menerima baucar RM150 seorang sempena sambutan Deepavali bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dan persiapan menyambut perayaan itu. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, penyerahan baucar fasa pertama bermula malam ini dengan melibatkan lebih 300 penerima, manakala bakinya akan diagihkan di beberapa lokasi lain dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17165,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[371,2038,49,184,304,309,1987],"authors":[],"class_list":["post-17164","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-baucar","tag-deepavali","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-lembah-pantai","tag-parlimen","tag-sumbangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17166,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17164\/revisions\/17166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17165"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17164"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}