{"id":17217,"date":"2026-10-28T14:24:59","date_gmt":"2026-10-28T14:24:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17217"},"modified":"2026-10-28T14:24:59","modified_gmt":"2026-10-28T14:24:59","slug":"47412-kandungan-buli-siber-diminta-dipadam-tiktok-rekod-tertinggi-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/47412-kandungan-buli-siber-diminta-dipadam-tiktok-rekod-tertinggi-fahmi\/","title":{"rendered":"47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak 47,412 kandungan berkaitan buli siber dikenal pasti dan diminta diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga 27 Oktober lalu, dengan platform TikTok merekodkan jumlah tertinggi iaitu 81 peratus.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Facebook pula berada di tempat kedua dengan menyumbang 12 peratus daripada keseluruhan kandungan buli siber yang dikenal pasti menerusi aduan orang ramai.<\/p>\n<p>\u201cDari awal tahun hingga semalam, kandungan bersifat buli siber yang dikenal pasti oleh MCMC adalah berdasarkan aduan awam,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pelajar Pemacu Negara \u2013 Sayangi Diri, Jauhi Dadah dan Hargai Kehidupan, hari ini.<\/p>\n<p>Program berkenaan disertai 336 pelajar daripada 122 sekolah menengah di Kuala Lumpur dan Putrajaya.<\/p>\n<p>Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata MCMC sedang meneliti penyalahgunaan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp dan Telegram, khususnya ciri penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption) yang membolehkan komunikasi dilakukan dalam kumpulan tertutup.<\/p>\n<p>Menurutnya, terdapat keadaan apabila kegiatan buli bermula atau semakin berleluasa dalam kumpulan peribadi yang sukar dipantau oleh pihak luar.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga sedikit risau kerana ada platform ataupun mod komunikasi tertentu seperti aplikasi WhatsApp, Telegram yang bersifat *end-to-end encrypted* membolehkan kumpulan-kumpulan tertentu diwujudkan tanpa pengetahuan khalayak umum.<\/p>\n<p>\u201cBukan public groups tetapi private groups dan kadangkala isu-isu buli ini bermula ataupun berleluasa berlaku dalam kumpulan-kumpulan seperti ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau berkata penelitian itu turut merangkumi kemungkinan penyalahgunaan platform berkenaan untuk aktiviti menyalahi undang-undang, termasuk penjualan barangan terlarang seperti dadah.<\/p>\n<p>Fahmi menjelaskan penelitian terhadap platform komunikasi peribadi itu masih berjalan dan belum dilaksanakan ketika ini.<\/p>\n<p>Walaupun platform berkenaan tidak termasuk dalam skop Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), kerajaan tetap memberi perhatian berdasarkan kesan penggunaannya terhadap masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun tidak termasuk dalam ONSA, kita akan tetap beri penelitian berdasarkan kesan yang dibawa platform itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata perhatian terhadap isu berkenaan turut mengambil kira perbincangan dengan pihak polis serta aduan orang ramai mengenai kesan negatif penggunaan platform komunikasi terbabit.<\/p>\n<p>Buli siber merangkumi perbuatan mengganggu, mengugut, menghina atau memalukan individu melalui platform digital.<\/p>\n<p>Aduan berkaitan kandungan sedemikian menjadi antara asas tindakan MCMC meminta penyedia platform menurunkan kandungan yang dikenal pasti, selain penelitian terhadap penyalahgunaan aplikasi komunikasi untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 47,412 kandungan berkaitan buli siber dikenal pasti dan diminta diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga 27 Oktober lalu, dengan platform TikTok merekodkan jumlah tertinggi iaitu 81 peratus. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Facebook pula berada di tempat kedua dengan menyumbang 12 peratus daripada keseluruhan kandungan buli siber yang dikenal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17218,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1221,1009,49,35,184,16,1437,343],"authors":[],"class_list":["post-17217","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-buli","tag-facebook","tag-fahmi-fadzil","tag-kandungan","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-siber","tag-tiktok"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17217","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17217"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17217\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17219,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17217\/revisions\/17219"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17218"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17217"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17217"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17217"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17217"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}