{"id":17235,"date":"2026-10-29T04:38:08","date_gmt":"2026-10-29T04:38:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17235"},"modified":"2026-10-29T04:38:08","modified_gmt":"2026-10-29T04:38:08","slug":"bn-pas-sepakat-lancar-manifesto-bersama-di-melaka-rauf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-pas-sepakat-lancar-manifesto-bersama-di-melaka-rauf\/","title":{"rendered":"BN, PAS sepakat lancar manifesto bersama di Melaka: Rauf"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) yakin tidak akan berlaku pertembungan kerusi dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas kedua-dua pihak memuktamadkan kerjasama strategik.<\/p>\n<p>Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat peringkat tertinggi yang turut bersetuju untuk melaksanakan gerak kerja bersama serta melancarkan manifesto secara bersama.<\/p>\n<p>\u201cRakan strategik kita ialah PAS. Kita juga bersepakat supaya semua gerak kerja berjalan bersama dan berkongsi manifesto,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali 2026 bagi Parlimen Masjid Tanah di Lendu.<\/p>\n<p>Menurut Ab Rauf, kerjasama BN dan PAS di Melaka berbeza daripada situasi politik di Johor dan Negeri Sembilan, sekali gus memberi keyakinan tiada pertembungan calon antara kedua-dua parti.<\/p>\n<p>\u201cJadi saya rasa tidak mungkin kita akan bertembung calon. Di Melaka kita ibarat bernikah dan berkadi, kalau bercerai pun ada talak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerjasama itu menjadi perkembangan penting menjelang PRN Melaka, ketika parti-parti politik sedang memuktamadkan strategi dan pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November dan hari pengundian pada 14 November ini.<\/p>\n<p>Seramai 687,697 pemilih layak mengundi dalam PRN berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Ab Rauf menegaskan kerajaan negeri akan meneruskan bantuan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama menerusi inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).<\/p>\n<p>Beliau berkata sebanyak RM90.55 juta bantuan kebajikan disalurkan kepada lebih 42,500 penerima di seluruh negeri bagi tempoh 2021 hingga September tahun ini.<\/p>\n<p>Bagi sambutan Deepavali tahun ini, sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk 1,000 penerima di seluruh Melaka, termasuk RM36,000 kepada 180 penerima di Parlimen Masjid Tanah.<\/p>\n<p>\u201cBantuan ini bukan gula-gula kerana hendak pilihan raya. Kalau tidak jatuh dalam tempoh kempen pun, kita tetap beri juga kerana ini dasar Melaka Sayang Rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri menyalurkan peruntukan lebih RM3 juta kepada komuniti India dan Cina menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk sumbangan perayaan serta bantuan kepada rumah ibadat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) yakin tidak akan berlaku pertembungan kerusi dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas kedua-dua pihak memuktamadkan kerjasama strategik. Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat peringkat tertinggi yang turut bersetuju untuk melaksanakan gerak kerja bersama serta melancarkan manifesto secara bersama. \u201cRakan strategik kita ialah PAS. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,378,2512,192,126,103],"authors":[],"class_list":["post-17235","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-bn","tag-manifesto","tag-melaka","tag-pas","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17235","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17236,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17235\/revisions\/17236"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17235"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}