{"id":17237,"date":"2026-10-29T04:41:05","date_gmt":"2026-10-29T04:41:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17237"},"modified":"2026-10-29T04:41:05","modified_gmt":"2026-10-29T04:41:05","slug":"parlimen-1588-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara-kerana-dadah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/parlimen-1588-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara-kerana-dadah\/","title":{"rendered":"Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah"},"content":{"rendered":"<p>Seramai 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh Januari hingga September 2026, meningkat berbanding 1,303 orang sepanjang tahun lalu.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Luar Negeri, Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan kes penahanan rakyat Malaysia berkaitan dadah dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi dengan 381 kes, diikuti China sebanyak 380 kes, Singapura (310), Thailand (102) dan Jepun (72).<\/p>\n<p>\u201cKerajaan sentiasa mengambil berat dan memantau kes-kes konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di luar negara, termasuk rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara,\u201d katanya di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjawab soalan lisan Doris Sophia anak Brodi (GPS-Sri Aman) yang meminta penjelasan mengenai jumlah rakyat Malaysia ditahan atau didakwa atas kesalahan berkaitan dadah di luar negara dalam tempoh lima tahun, termasuk negara yang merekodkan kes tertinggi.<\/p>\n<p>Berdasarkan angka yang dikemukakan kementerian, jumlah penahanan meningkat daripada 1,181 orang pada 2024 kepada 1,303 orang pada 2025 sebelum mencecah 1,588 orang bagi sembilan bulan pertama tahun ini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Lukanisman berkata, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara akan membantu memastikan hak serta kebajikan rakyat Malaysia yang ditahan terus terpelihara.<\/p>\n<p>Mengulas keberkesanan teknologi pengimbasan di lapangan terbang, beliau berkata kementerian mengambil perhatian terhadap laporan media antarabangsa mengenai rakyat Malaysia yang ditahan kerana membawa dadah ke luar negara.<\/p>\n<p>Katanya, pelbagai modus operandi digunakan untuk menyeludup dadah, termasuk menyembunyikannya di dalam bagasi dan kasut yang diubah suai.<\/p>\n<p>\u201cKementerian Luar Negeri percaya langkah sewajarnya telah diambil oleh Kementerian Dalam Negeri melalui agensi penguatkuasaan seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerjasama antara agensi penguatkuasaan penting bagi memperkukuh kawalan keselamatan di pintu masuk negara, sekali gus mengelakkan kejadian penyeludupan dadah berulang dan menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh Januari hingga September 2026, meningkat berbanding 1,303 orang sepanjang tahun lalu. Timbalan Menteri Luar Negeri, Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan kes penahanan rakyat Malaysia berkaitan dadah dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Menurutnya, Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17238,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,5352,5429,1971,3007],"authors":[],"class_list":["post-17237","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-keldai","tag-luar-negeri","tag-lukanisman-awang-sauni","tag-tangkapan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17237","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17237"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17237\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17239,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17237\/revisions\/17239"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17237"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17237"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17237"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17237"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}