{"id":17243,"date":"2026-10-29T07:00:54","date_gmt":"2026-10-29T07:00:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17243"},"modified":"2026-10-29T07:00:54","modified_gmt":"2026-10-29T07:00:54","slug":"industri-kreatif-sumbang-rm130-7-bilion-kepada-ekonomi-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/industri-kreatif-sumbang-rm130-7-bilion-kepada-ekonomi-negara\/","title":{"rendered":"Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara"},"content":{"rendered":"<p>Industri budaya dan kreatif menyumbang RM130.7 bilion atau 6.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 2024, selain menyediakan lebih 763,000 peluang pekerjaan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, industri itu turut merekodkan eksport produk kreatif bernilai RM63 bilion, sekali gus membuktikan potensinya sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, ekonomi kreatif bukan sekadar sektor hiburan, sebaliknya melibatkan rantaian perniagaan yang luas termasuk produksi filem, muzik, penganjuran acara, perkhidmatan teknikal serta sektor penginapan dan pengangkutan.<\/p>\n<p>\u201cEkonomi kreatif bukan sektor sampingan yang boleh dipandang ringan,\u201d katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penganjuran konsert tempatan dan antarabangsa turut memberi manfaat kepada pekerja teknikal, syarikat produksi, penyedia peralatan serta perniagaan setempat.<\/p>\n<p>Menurutnya, kegagalan menarik acara antarabangsa berpotensi menyebabkan peluang ekonomi beralih ke negara jiran, sekali gus mengurangkan manfaat kepada industri tempatan.<\/p>\n<p>Dalam usaha memperkukuh sektor itu, Kementerian Komunikasi menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK) telah menyokong 1,677 projek kandungan tempatan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), dengan mewujudkan 32,795 peluang pekerjaan.<\/p>\n<p>Industri filem tempatan juga menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila 17 filem di bawah Skim Wajib Tayang merekodkan kutipan keseluruhan RM129.86 juta setakat 8 Oktober 2026, berdasarkan data Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).<\/p>\n<p>Antara filem dengan kutipan tertinggi ialah Tarung: Unforgiven sebanyak RM23.59 juta, diikuti Chelot (RM19.12 juta), Polong (RM15.05 juta), Libang Libu (RM14.16 juta) dan Malaikat Malam (RM12.23 juta).<\/p>\n<p>Kejayaan terdahulu turut membuktikan keupayaan filem tempatan menarik penonton apabila Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatatkan kutipan RM89.06 juta, manakala Sheriff: Narko Integriti meraih RM59.50 juta.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, kerajaan turut memberi tumpuan kepada usaha menarik produksi antarabangsa bagi meningkatkan pelaburan dan membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Dari Januari hingga Julai 2026, sebanyak 175 produksi antarabangsa memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran menerusi inisiatif Malaysia: A Filming Destination &amp; Production Hub. Antaranya termasuk Lord of the Flies, Mr VIP* dan Thunderbolts.<\/p>\n<p>Kerjasama dengan Hasbro Entertainment, penerbit Transformers, serta Banijay Nordic, penerbit Survivor, turut membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk menyertai rantaian nilai industri kreatif global.<\/p>\n<p>Selain itu, Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) berjaya menarik anggaran RM2.75 bilion pelaburan asing bagi tempoh 2013 hingga 2025, selain mewujudkan kira-kira 31,050 peluang pekerjaan.<\/p>\n<p>Dalam bidang pascaproduksi, FINAS Digital Mixstage Studio yang dilengkapi teknologi audio Dolby Atmos pula memperkukuh keupayaan Malaysia menyediakan perkhidmatan bertaraf antarabangsa.<\/p>\n<p>Kerajaan berharap pembangunan kemudahan, penghasilan kandungan tempatan dan kemasukan produksi asing dapat meningkatkan daya saing Malaysia sebagai hab produksi serta pascaproduksi serantau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Industri budaya dan kreatif menyumbang RM130.7 bilion atau 6.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 2024, selain menyediakan lebih 763,000 peluang pekerjaan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, industri itu turut merekodkan eksport produk kreatif bernilai RM63 bilion, sekali gus membuktikan potensinya sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Menurutnya, ekonomi kreatif bukan sekadar sektor [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10833,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2966,368,5392,68,49,4031,998,184,4805,309],"authors":[],"class_list":["post-17243","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bahas","tag-budaya","tag-dana-kandungan-kreatif","tag-ekonomi","tag-fahmi-fadzil","tag-filem","tag-finas","tag-komunikasi","tag-kreatif","tag-parlimen"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17243","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17243"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17243\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17244,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17243\/revisions\/17244"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10833"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17243"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17243"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17243"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17243"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}