{"id":17260,"date":"2026-10-29T11:10:18","date_gmt":"2026-10-29T11:10:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17260"},"modified":"2026-10-29T11:10:18","modified_gmt":"2026-10-29T11:10:18","slug":"syed-saddiq-tandatangan-csa-mahu-reformasi-segera-sebelum-pru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syed-saddiq-tandatangan-csa-mahu-reformasi-segera-sebelum-pru\/","title":{"rendered":"Syed Saddiq tandatangan CSA, mahu reformasi segera sebelum PRU"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu reformasi institusi yang dipersetujui menerusi Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dilaksanakan segera sebelum pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, antara reformasi utama yang perlu diberi keutamaan ialah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan pendakwa raya, mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal serta memastikan peruntukan pembangunan Parlimen diagihkan secara adil kepada semua kawasan.<\/p>\n<p>Menurutnya, persetujuan yang dicapai menerusi CSA perlu diterjemahkan kepada pindaan undang-undang dan Perlembagaan bagi memastikan reformasi berkenaan tidak sekadar menjadi komitmen politik.<\/p>\n<p>\u201cPeruntukan tanpa diaktakan tidak akan membawa perubahan yang besar. Sebab itu dalam perjanjian tersebut, pihak yang menandatangani perlu menyokong pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan pendakwa raya,\u201d katanya selepas menandatangani perjanjian CSA di Bangunan Parlimen, hari ini.<\/p>\n<p>Syed Saddiq turut menegaskan reformasi berkenaan penting bagi mengurangkan pemusatan kuasa di tangan Perdana Menteri, selain memastikan perubahan institusi dapat diteruskan oleh kerajaan akan datang.<\/p>\n<p>Katanya, pelaksanaan reformasi secara menyeluruh mampu memperkukuh sistem semak dan imbang serta memastikan pentadbiran negara tidak terlalu bergantung kepada individu atau kerajaan yang memerintah.<\/p>\n<p>Mengulas proses rundingan CSA, beliau berkata lapan sesi perbincangan telah dilaluinya sebelum persetujuan dicapai, selepas usaha yang mengambil masa kira-kira dua tahun setengah.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai langkah positif ke arah melaksanakan reformasi yang sekian lama diperjuangkan.<\/p>\n<p>Syed Saddiq turut menekankan keperluan menggubal undang-undang bagi memastikan peruntukan pembangunan Parlimen diagihkan secara adil tanpa mengira parti politik yang diwakili seseorang Ahli Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu budaya peruntukan Parlimen diberikan kepada kawan tetapi dihilangkan daripada pihak lawan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, semua kawasan Parlimen berhak mendapat layanan yang sama dalam pengagihan peruntukan pembangunan, termasuk kawasan yang diwakili pembangkang.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap peluang yang sama dapat diberikan kepada semua blok pembangkang kerana peruntukan yang adil dan saksama ini merupakan hak semua kawasan Parlimen,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Majlis menandatangani CSA itu turut disertai enam Ahli Parlimen Bersatu, iaitu Muhyiddin Yassin (Pagoh), Radzi Jidin (Putrajaya), Mohd Nazri Abu Hassan (Merbok), Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi), Ali Biju (Saratok) dan Azman Nasrudin (Padang Serai).<\/p>\n<p>Enam lagi Ahli Parlimen yang pernah digantung keahlian daripada Bersatu turut menandatangani perjanjian berkenaan.<\/p>\n<p>Majlis itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said; serta Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz.<\/p>\n<p>CSA merupakan mekanisme persetujuan politik yang bertujuan menyokong kestabilan pentadbiran dan membuka ruang kepada pelaksanaan agenda reformasi institusi melalui kerjasama antara pihak yang terlibat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu reformasi institusi yang dipersetujui menerusi Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dilaksanakan segera sebelum pilihan raya akan datang. Beliau berkata, antara reformasi utama yang perlu diberi keutamaan ialah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan pendakwa raya, mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal serta memastikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17261,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,5434,5438,285,2219,309,18,5437],"authors":[],"class_list":["post-17260","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-csa","tag-erjanjian-keyakinan-dan-perbekalan","tag-madani","tag-muar","tag-parlimen","tag-pmx","tag-syed-saddiq-syed-abdul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17260","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17260"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17260\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17262,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17260\/revisions\/17262"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17261"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17260"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17260"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17260"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17260"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}