{"id":17263,"date":"2026-10-29T11:13:45","date_gmt":"2026-10-29T11:13:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17263"},"modified":"2026-10-29T11:13:45","modified_gmt":"2026-10-29T11:13:45","slug":"taufiq-sambut-baik-csa-kerajaan-madani-ketengah-budaya-politik-matang-taufiq","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/taufiq-sambut-baik-csa-kerajaan-madani-ketengah-budaya-politik-matang-taufiq\/","title":{"rendered":"Taufiq sambut baik CSA Kerajaan MADANI, ketengah budaya politik matang: Taufiq"},"content":{"rendered":"<p>Pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI dengan beberapa Ahli Parlimen daripada Bersatu, MUDA dan Bebas disifatkan sebagai langkah positif dalam memperkukuh kestabilan politik serta mempercepat agenda reformasi institusi negara.<\/p>\n<p>Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata persefahaman itu mencerminkan kematangan demokrasi apabila kepentingan negara diutamakan berbanding perbezaan politik.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perjanjian berkenaan turut memperkukuh keyakinan terhadap kelangsungan pentadbiran negara, khususnya bagi memastikan Belanjawan 2027 dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan teratur.<\/p>\n<p>\u201cPerkembangan ini mencerminkan satu langkah positif ke arah kematangan demokrasi dan politik yang mengutamakan kepentingan negara mengatasi perbezaan kepartian,\u201d katanya dalam kenyataan pada Khamis.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu, kelulusan Belanjawan 2027 penting bagi memastikan agenda pembangunan ekonomi dapat diteruskan, selain memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>Taufiq berkata, CSA juga memberikan dorongan kepada usaha reformasi institusi, termasuk cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri serta mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.<\/p>\n<p>Katanya, kedua-dua reformasi itu penting dalam memperkukuh tadbir urus, integriti dan mekanisme semak dan imbang negara.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang terbuka untuk berunding dan mencari titik persamaan merentasi perbezaan politik sebagai perkembangan positif dalam membina kestabilan negara.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan ini membuktikan kepimpinan yang berteraskan prinsip dan kesediaan untuk berkompromi demi kepentingan negara mampu membina kestabilan politik yang lebih kukuh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Taufiq yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berkata, Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat, berbanding terus terperangkap dalam persengketaan politik.<\/p>\n<p>\u201cMasanya sudah tiba untuk Malaysia bergerak ke hadapan melangkaui perbezaan dan sengketa politik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI dengan beberapa Ahli Parlimen daripada Bersatu, MUDA dan Bebas disifatkan sebagai langkah positif dalam memperkukuh kestabilan politik serta mempercepat agenda reformasi institusi negara. Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata persefahaman itu mencerminkan kematangan demokrasi apabila kepentingan negara diutamakan berbanding perbezaan politik. Beliau berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3294,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,73,5434,285,2794,1348,5435,9],"authors":[],"class_list":["post-17263","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-bersatu","tag-csa","tag-madani","tag-mohammed-taufiq-johari","tag-muda","tag-perjanjian-keyakinan-dan-pembekalan","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17263","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17263"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17263\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17264,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17263\/revisions\/17264"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3294"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17263"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17263"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17263"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17263"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}