{"id":17265,"date":"2026-10-29T11:17:50","date_gmt":"2026-10-29T11:17:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17265"},"modified":"2026-10-29T11:17:50","modified_gmt":"2026-10-29T11:17:50","slug":"sanusi-bangga-cakap-inggeris-dialek-sik-masih-boleh-jadi-mb-kedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sanusi-bangga-cakap-inggeris-dialek-sik-masih-boleh-jadi-mb-kedah\/","title":{"rendered":"Sanusi bangga cakap Inggeris dialek Sik masih boleh jadi MB Kedah"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan kebolehan berbahasa Inggerisnya yang menjadi bahan kritikan pengguna media sosial, sambil menegaskan keupayaan berkomunikasi tidak seharusnya diukur berdasarkan ketepatan tatabahasa semata-mata.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perkara lebih penting ialah mesej yang disampaikan dapat difahami dan diterima oleh pendengar, meskipun menggunakan bahasa Inggeris dengan loghat tempatan.<\/p>\n<p>\u201cBelum ada orang putih yang komen bahasa Inggeris saya, yang komen ini semua Melayu. Duta Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan India, saya bercakap dengan mereka, mereka faham, mereka hargai saya. Itu adalah seni dalam komunikasi.<\/p>\n<p>\u201cKita cakap Inggeris dialek Sik saja pun boleh jadi Menteri Besar, kira hebat tak begitu,\u201d katanya semasa ketika sidang akhbar sempena Program The Greater Kedah Lecture Series, hari ini.<\/p>\n<p>Sanusi sebelum ini menjadi perhatian pengguna media sosial susulan penyampaiannya dalam bahasa Inggeris ketika membangkitkan isu unsur nadir bumi (REE) pada Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026.<\/p>\n<p>Penyampaiannya mencetuskan perdebatan, khususnya mengenai penguasaan bahasa Inggeris dan kepentingan penggunaan bahasa yang betul ketika menyampaikan pandangan dalam forum rasmi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Sanusi menegaskan pengalaman berkomunikasi di peringkat antarabangsa membuktikan kelemahan dari segi tatabahasa tidak semestinya menghalang seseorang menyampaikan mesej dengan berkesan.<\/p>\n<p>Katanya, beliau sudah mengunjungi 38 negara dan menggunakan bahasa Inggeris dalam pelbagai misi, termasuk ketika berinteraksi dengan wakil diplomatik asing.<\/p>\n<p>\u201cBahasa apa pun penting tetapi lebih penting lagi prestasi dan cara penyampaian. Selagi orang faham dan boleh terima, Alhamdulillah.<\/p>\n<p>\u201cSaya orang Sik, jadi ada dialek Sik jadi \u2018Siklish\u2019, kalau di Singapura ada \u2018Singlish\u2019,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Sanusi berseloroh beliau mungkin akan menggunakan bahasa Inggeris ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang menyaksikan PAS dijadual bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri.<\/p>\n<p>Katanya, tindakan itu mungkin sekali lagi mengundang kritikan terhadap penguasaan bahasa Inggerisnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan cakap orang putih di Melaka bagi mereka sakit hati lagi, bagi mereka ada berita untuk ditulis mengenai tatabahasa tak betul,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu memperlihatkan Sanusi memilih untuk berdepan kritikan secara terbuka, sambil menjadikan isu penguasaan bahasa Inggerisnya sebagai sebahagian daripada respons terhadap kecaman di media sosial.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan kebolehan berbahasa Inggerisnya yang menjadi bahan kritikan pengguna media sosial, sambil menegaskan keupayaan berkomunikasi tidak seharusnya diukur berdasarkan ketepatan tatabahasa semata-mata. Beliau berkata, perkara lebih penting ialah mesej yang disampaikan dapat difahami dan diterima oleh pendengar, meskipun menggunakan bahasa Inggeris dengan loghat tempatan. \u201cBelum ada orang putih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2944,5440,5441,4577,125,1591,4543,126,5439],"authors":[],"class_list":["post-17265","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bahasa","tag-dialek","tag-forum-perniagaan-dan-ekonomi-sg4-2026","tag-inggeris","tag-kedah","tag-kritik","tag-muhammad-sanusi-md-nor","tag-pas","tag-sik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17265","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17265"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17265\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17266,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17265\/revisions\/17266"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17265"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17265"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17265"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17265"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}