{"id":17281,"date":"2026-10-30T04:03:58","date_gmt":"2026-10-30T04:03:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17281"},"modified":"2026-10-30T04:03:58","modified_gmt":"2026-10-30T04:03:58","slug":"prn-melaka-189-borang-penamaan-calon-dibeli-45-calon-bayar-deposit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-189-borang-penamaan-calon-dibeli-45-calon-bayar-deposit\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: 189 borang penamaan calon dibeli, 45 calon bayar deposit"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak 189 borang penamaan calon sudah dibeli bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat malam tadi, dengan 45 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit.<\/p>\n<p>Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun berkata, bagi proses penamaan calon esok, sebanyak 28 pusat penamaan calon akan dibuka serentak di seluruh negeri bermula 9 pagi hingga 10 pagi.<\/p>\n<p>\u201cBagi kelancaran proses, SPR menyeru semua bakal calon supaya hadir lebih awal bagi membolehkan petugas SPR membuat semakan dokumen dengan teliti sekali gus mengelakkan sebarang masalah yang boleh menjejaskan penyertaan mereka dalam pilihan raya berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKita (SPR) tidak mahu ada masalah yang mungkin menyebabkan seseorang itu tidak dapat bertanding atau sebagainya. Kita cuba elakkan,\u201d katanya kepada pemberita selepas meninjau simulasi penamaan calon di Dewan Ballroom, Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, hari ini.<\/p>\n<p>Ramlan berkata, semua pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan petugas di kesemua 28 pusat penamaan calon telah diberikan latihan secukupnya bersedia sepenuhnya melaksanakan tugas.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kesemua 28 RO itu akan dibantu 80 penolong pegawai pengurus serta pegawai lain bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.<\/p>\n<p>\u201cMelihat simulasi yang diadakan di Paya Rumput, saya percaya proses penamaan calon esok akan dapat dilaksanakan dengan baik, termasuk oleh RO yang pertama kali dilantik untuk mengendalikan urusan penamaan calon,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ramlan turut mengingatkan penyokong parti-parti bertanding yang hadir esok supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dan peraturan ditetapkan bagi memastikan proses penamaan calon berlangsung dalam suasana aman serta tertib.<\/p>\n<p>\u201cOrang ramai juga diminta mengambil maklum kemungkinan penutupan jalan di sekitar pusat penamaan calon bagi melancarkan pergerakan dan mengelakkan kesesakan pada hari berkenaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Ramlan berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca esok dijangka baik dan berharap proses penamaan calon dapat berlangsung tanpa sebarang gangguan.<\/p>\n<p>SPR menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala penamaan calon pada 31 Okt dan pengundian awal pada 10 Nov. \u2013 Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 189 borang penamaan calon sudah dibeli bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat malam tadi, dengan 45 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun berkata, bagi proses penamaan calon esok, sebanyak 28 pusat penamaan calon akan dibuka serentak di seluruh negeri bermula 9 pagi hingga 10 pagi. \u201cBagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2404,192,2968,103,2088,1394],"authors":[],"class_list":["post-17281","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-borang","tag-melaka","tag-pencalonan","tag-prn","tag-ramlan-harun","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17281","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17281"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17281\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17282,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17281\/revisions\/17282"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17281"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17281"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17281"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17281"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}