{"id":17293,"date":"2026-10-30T07:37:30","date_gmt":"2026-10-30T07:37:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17293"},"modified":"2026-10-30T07:37:30","modified_gmt":"2026-10-30T07:37:30","slug":"projek30-puji-langkah-pkr-ketengah-calon-wanita-di-prn-melaka-cadang-kuota-diwajibkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/projek30-puji-langkah-pkr-ketengah-calon-wanita-di-prn-melaka-cadang-kuota-diwajibkan\/","title":{"rendered":"Projek30% puji langkah PKR ketengah calon wanita di PRN Melaka, cadang kuota diwajibkan"},"content":{"rendered":"<p>Kempen Projek30% menggesa kerajaan segera menggubal Akta Kesaksamaan Gender dalam Perwakilan Politik bagi memastikan sasaran minimum 30 peratus calon wanita dalam pilihan raya menjadi satu kewajipan undang-undang, bukan sekadar janji parti politik.<\/p>\n<p>Desakan itu dibuat susulan keputusan PKR untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, yang disifatkan sebagai langkah positif ke arah memperluas penyertaan wanita dalam kepimpinan politik.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Projek30% berpandangan komitmen itu perlu diterjemahkan kepada dasar yang lebih menyeluruh kerana tahap perwakilan wanita masih tidak seimbang antara parti politik dan negeri.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun perkembangan ini positif, komitmen terhadap sasaran 30 peratus masih tidak sekata dalam kalangan parti politik dan negeri,\u201d menurut kenyataan kempen itu pada Jumaat.<\/p>\n<p>Projek30% turut membangkitkan kebimbangan terhadap kemerosotan perwakilan wanita dalam tiga pilihan raya negeri sebelum ini, iaitu Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Menurut kempen itu, penggubalan Akta Projek30% penting untuk mewujudkan kerangka undang-undang yang jelas dan berterusan, selain menangani halangan struktur serta budaya yang mengehadkan peluang wanita untuk menjadi calon dan menduduki jawatan kepimpinan.<\/p>\n<p>Isu tersebut turut mendapat perhatian beberapa parti politik. Pada PRN Johor, DAP meletakkan lapan calon wanita, bersamaan 47 peratus daripada keseluruhan calonnya, manakala Amanah menyokong cadangan undang-undang yang menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita dalam kalangan calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Gesaan meningkatkan penyertaan wanita juga dibangkitkan dalam perbahasan di Parlimen. Ahli Parlimen Sri Aman, Doris Brodi, sebelum ini menggesa sasaran 30 peratus calon wanita dijadikan kewajipan melalui undang-undang.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 22 Jun lalu mencadangkan Rang Undang-Undang Kesaksamaan Gender dalam Perwakilan Politik serta menggesa beberapa agensi kerajaan mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan bagi melaksanakan sasaran minimum berkenaan.<\/p>\n<p>Selain itu juga, pertubuhan masyarakat sivil di bawah Projek30% turut menyerahkan memorandum dan cadangan Akta Projek30% kepada kerajaan.<\/p>\n<p>Projek30% menjelaskan cadangan undang-undang yang disediakan pihaknya merangkumi mekanisme pelaporan, pemantauan serta insentif kewangan bagi menangani kekurangan perwakilan wanita dalam politik.<\/p>\n<p>Kempen itu menegaskan wanita mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk memimpin, namun masih berdepan kesukaran mendapatkan peluang sebagai calon serta ruang dalam proses membuat keputusan parti.<\/p>\n<p>\u201cWanita tidak sepatutnya terpaksa berjuang lebih keras secara tidak seimbang untuk mendapatkan pencalonan, bertanding dalam pilihan raya dan mencapai kedudukan kepimpinan politik,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Projek30% menggesa kerajaan mengambil tindakan segera supaya kerangka undang-undang berkenaan dapat diwujudkan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.<\/p>\n<p>Kempen tersebut turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi merealisasikan cadangan itu, yang disokong penyelidikan dan bukti berkaitan keperluan meningkatkan penyertaan wanita dalam politik negara.<\/p>\n<p>Projek30% merupakan inisiatif masyarakat sivil yang diselaraskan oleh EMPOWER, Association of Women Lawyers (AWL) dan Penang Women&#8217;s Development Corporation (PWDC), dengan sokongan beberapa organisasi lain termasuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) serta Joint Action Group for Gender Equality (JAG).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kempen Projek30% menggesa kerajaan segera menggubal Akta Kesaksamaan Gender dalam Perwakilan Politik bagi memastikan sasaran minimum 30 peratus calon wanita dalam pilihan raya menjadi satu kewajipan undang-undang, bukan sekadar janji parti politik. Desakan itu dibuat susulan keputusan PKR untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, yang disifatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":309,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5448,136,1902,192,9,103,5447,135],"authors":[],"class_list":["post-17293","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akta-kesaksamaan-gender","tag-calon","tag-kuota","tag-melaka","tag-pkr","tag-prn","tag-projek30","tag-wanita"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17293","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17293"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17293\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17294,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17293\/revisions\/17294"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/309"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17293"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17293"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17293"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17293"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}