{"id":17297,"date":"2026-10-30T07:53:41","date_gmt":"2026-10-30T07:53:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17297"},"modified":"2026-10-30T07:53:41","modified_gmt":"2026-10-30T07:53:41","slug":"tiada-syarat-khusus-untuk-ahli-parlimen-meterai-csa-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-syarat-khusus-untuk-ahli-parlimen-meterai-csa-pmx\/","title":{"rendered":"Tiada syarat khusus untuk Ahli Parlimen meterai CSA : PMX"},"content":{"rendered":"<p>Peruntukan kepada Ahli Parlimen yang memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) bersama Kerajaan MADANI akan disalurkan berdasarkan persefahaman yang dicapai menerusi rundingan berkaitan perbelanjaan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu bukan sesuatu yang baharu dalam amalan politik negara kerana kaedah sama pernah digunakan ketika kerajaan terdahulu mentadbir negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, penyaluran peruntukan berkenaan bergantung kepada perbincangan dan persefahaman yang dipersetujui, termasuk berkaitan perbelanjaan yang diluluskan menjelang akhir tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cJadi, peruntukan itu ikut perbelanjaan dalam perbincangan sekarang, perbahasan, sebab diluluskan akhir tahun ini, kita boleh salur ikut persefahaman,\u201d katanya selepas menghadiri Program Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Muqarabin, Bandar Tasik Selatan hari ini.<\/p>\n<p>Anwar menjelaskan, pendekatan berkenaan turut mempunyai persamaan dengan persefahaman yang pernah dimeterai ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang, manakala Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Katanya, ketika itu kerajaan yang diterajui gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) turut menggunakan kaedah rundingan bagi urusan berkaitan peruntukan Ahli Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cPeruntukan melalui Ahli Parlimen itu mengikat pada satu persefahaman seperti mana dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional semasa mereka berkuasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan peruntukan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selama ini berjalan seperti biasa, sekali gus menolak dakwaan kononnya kerajaan menyekat penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat tertentu.<\/p>\n<p>Mengulas pandangan penganalisis politik yang melihat CSA sebagai mekanisme untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan kekal stabil serta menjamin kelulusan Belanjawan 2027, Anwar berkata, perkara itu merupakan tafsiran politik yang tidak dapat dielakkan.<\/p>\n<p>\u201cYa, ini tafsiran politik, tak boleh kita kritikal, memang akan berlaku, tetapi saya nak beritahu ini bukan sesuatu yang janggal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, rundingan bagi mencapai persefahaman seumpama itu turut diamalkan di negara demokrasi lain, manakala pengalaman Malaysia menunjukkan pendekatan berkenaan pernah melibatkan rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan terdahulu yang merangkumi Bersatu, PAS, UMNO serta Gabungan Parti Sarawak (GPS).<\/p>\n<p>Ditanya sama ada CSA yang dimeterai bersama Bersatu akan diperluaskan kepada Ahli Parlimen pembangkang lain, Anwar berkata, tiada syarat khusus dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mahu mencapai persefahaman dengan kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peruntukan kepada Ahli Parlimen yang memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) bersama Kerajaan MADANI akan disalurkan berdasarkan persefahaman yang dicapai menerusi rundingan berkaitan perbelanjaan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu bukan sesuatu yang baharu dalam amalan politik negara kerana kaedah sama pernah digunakan ketika kerajaan terdahulu mentadbir negara. Menurutnya, penyaluran peruntukan berkenaan bergantung kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15908,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,73,5434,1590,1055,5449,18],"authors":[],"class_list":["post-17297","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-bersatu","tag-csa","tag-muhyiddin-yassin","tag-pembangkang","tag-perjanjian-kepercayaan-dan-perbekalan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17297","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17297"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17297\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17298,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17297\/revisions\/17298"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15908"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17297"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17297"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17297"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17297"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}