{"id":17306,"date":"2026-10-31T02:47:49","date_gmt":"2026-10-31T02:47:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17306"},"modified":"2026-10-31T02:47:49","modified_gmt":"2026-10-31T02:47:49","slug":"bn-ph-dalam-kerajaan-sama-tetapi-guna-logo-berbeza-mohamad-sabu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-ph-dalam-kerajaan-sama-tetapi-guna-logo-berbeza-mohamad-sabu\/","title":{"rendered":"BN, PH dalam kerajaan sama tetapi guna logo berbeza: Mohamad Sabu"},"content":{"rendered":"<p>Pengundi berkemungkinan keliru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 apabila Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanding menggunakan logo berbeza meskipun kedua-dua gabungan itu berada dalam kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu berkata situasi itu membolehkan BN dan PH masing-masing mengaitkan pencapaian kerajaan sebagai kejayaan mereka, sekali gus menyerahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian.<\/p>\n<p>\u201cRakyat agak sedikit keliru sebab BN pun dalam kerajaan, PH pun dalam kerajaan. Jadi, kalau apa kejayaan yang disebut oleh BN adalah kejayaan kerajaan, kami pun sebut ia kejayaan pihak kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cTerserahlah kepada pengundi untuk menimbang,\u201d katanya ketika ditemui semasa mengiringi calon PH, Adly Zahari, pada proses penamaan calon DUN Bukit Katil, hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad berkata, pimpinan PH akan berusaha memberikan penjelasan kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen bagi membantu pengundi memahami kedudukan kedua-dua gabungan politik itu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui kekeliruan dalam kalangan pengundi mungkin sukar dielakkan memandangkan BN dan PH membawa identiti serta logo masing-masing ketika berkempen.<\/p>\n<p>\u201cKita akan usahakan terang. Tapi, saya sebut tadi, keliruan itu akan tetap ada pada orang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas suasana kempen setakat ini, Mohamad berkata, perjalanan kempen berlangsung lancar dengan kehadiran penyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) yang ramai.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Amanah akan memberikan tumpuan kepada kawasan yang ditandingi PH bagi memastikan calon parti itu memperoleh sokongan pengundi.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Mohamad berharap Adly, yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Katil, dapat diberikan mandat baharu oleh penduduk kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cDari segi sambutan rakyat, kami berkeyakinan Yang Berhormat Adly akan diundi kembali oleh penduduk di sini. Itu harapan kami,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengundi berkemungkinan keliru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 apabila Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanding menggunakan logo berbeza meskipun kedua-dua gabungan itu berada dalam kerajaan Persekutuan. Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu berkata situasi itu membolehkan BN dan PH masing-masing mengaitkan pencapaian kerajaan sebagai kejayaan mereka, sekali gus menyerahkan kepada pengundi untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17307,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2933,275,378,5450,409,192,2345,2414,347,103],"authors":[],"class_list":["post-17306","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adly-zahari","tag-amanah","tag-bn","tag-bukit-katil","tag-dun","tag-melaka","tag-mohamad-sabu","tag-penamaan-calon","tag-ph","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17306","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17306"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17306\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17308,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17306\/revisions\/17308"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17307"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17306"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17306"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17306"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17306"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}