{"id":1733,"date":"2025-07-23T08:26:22","date_gmt":"2025-07-23T08:26:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1733"},"modified":"2025-07-23T08:26:22","modified_gmt":"2025-07-23T08:26:22","slug":"sedia-dibicara-di-mahkamah-dr-m-tak-mahu-imuniti-dalam-isu-batu-puteh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sedia-dibicara-di-mahkamah-dr-m-tak-mahu-imuniti-dalam-isu-batu-puteh\/","title":{"rendered":"Sedia dibicara di mahkamah, Dr M tak mahu imuniti dalam isu Batu Puteh"},"content":{"rendered":"<p>Sekiranya dibawa ke muka pengadilan, Dr Mahathir Mohamad berkata tidak akan memohon imuniti untuk menjelaskan perkara sebenar dalam isu melibatkan Pulau Batu Puteh.<\/p>\n<p>Bekas perdana menteri itu menyatakan kesediaan untuk mendedahkan segala-galanya jika beliau didakwa di mahkamah berhubung isu Pulau Batu Puteh.<\/p>\n<p>\u201cSemalam di Dewan Rakyat, saya telah &#8216;dijatuh hukum&#8217; sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Putih.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun saya dijatuh hukum bersalah, tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya.<\/p>\n<p>\u201cYang hukum saya bersalah ialah Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Yang umum saya tak perlu diambil tindakan ialah Anwar,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n<p>Semalam, Perdana Menteri berkata selain faktor usia, kabinet juga mengambil kira status Dr Mahathir sebagai bekas perdana menteri semasa memutuskan tiada tindakan diambil ke atasnya<\/p>\n<p>Anwar berkata demikian ketika menjawab Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun.<\/p>\n<p>\u201cApakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah.<\/p>\n<p>\u201c(Tapi) apakah kita perlu ambil tindakan? Saya dalam mesyuarat kabinet, saya setuju tak ambil tindakan.<\/p>\n<p>\u201cKalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan jerit kata kita tak adil,\u201d kata Anwar.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Dr Mahathir terus bersikap sinis apabila menganggap Anwar kini memiliki kuasa yang begitu besar walaupun ia bercanggah dengan peraturan negara.<\/p>\n<p>\u201cBegitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut perdana menteri boleh jadi pendakwa raya atau hakim.<\/p>\n<p>\u201cDia kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan.<\/p>\n<p>\u201cImuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekiranya dibawa ke muka pengadilan, Dr Mahathir Mohamad berkata tidak akan memohon imuniti untuk menjelaskan perkara sebenar dalam isu melibatkan Pulau Batu Puteh. Bekas perdana menteri itu menyatakan kesediaan untuk mendedahkan segala-galanya jika beliau didakwa di mahkamah berhubung isu Pulau Batu Puteh. \u201cSemalam di Dewan Rakyat, saya telah &#8216;dijatuh hukum&#8217; sebagai bersalah di dalam kes [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1692,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,459,1013,58,18,992],"authors":[],"class_list":["post-1733","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-dr-mahathir","tag-imuniti","tag-mahkamah","tag-pmx","tag-pulau-batu-puteh"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1733","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1733"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1733\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1734,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1733\/revisions\/1734"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1692"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1733"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1733"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1733"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1733"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}