{"id":1735,"date":"2025-07-23T13:46:45","date_gmt":"2025-07-23T13:46:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1735"},"modified":"2025-07-23T13:47:48","modified_gmt":"2025-07-23T13:47:48","slug":"projek-perintis-mcmc-dan-kkm-guna-dron-di-sabah-hantar-ubat-ubatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/projek-perintis-mcmc-dan-kkm-guna-dron-di-sabah-hantar-ubat-ubatan\/","title":{"rendered":"Projek perintis MCMC dan KKM guna dron di Sabah hantar ubat-ubatan"},"content":{"rendered":"<p>Sabah menjadi lokasi pertama projek perintis penghantaran ubat-ubatan menggunakan dron yang dilancarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).<\/p>\n<p>Kerjasama antara MCMC dan KKM ini bagi memperkasakan agenda transformasi sistem kesihatan negara melalui teknologi digital dalam memperluas liputan dan akses perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman.<\/p>\n<p>\u201cKKM amat mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia mampu memperkukuh sistem kesihatan awam dengan menawarkan penyelesaian inovatif dan mesra rakyat.<\/p>\n<p>\u201cIa adalah pendekatan yang signifikan bagi mendepani cabaran penjagaan kesihatan masa kini, terutamanya di kawasan yang sukar mendapat akses,\u201d kata Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad.<\/p>\n<p>Klinik Kesihatan Tawau menjadi lokasi pertama yang akan beroperasi sebagai pusat utama penghantaran ke dua (2) Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berhampiran.<\/p>\n<p>Sabah dipilih berdasarkan liputan jaringan 4G (94.4%) dan 5G (69%) yang stabil serta cabaran geografi negeri ini yang menuntut penyelesaian inovatif bagi menjamin kelangsungan rawatan dan bekalan ubat kepada rakyat.<\/p>\n<p>Lapan (8) inisiatif utama akan dilaksanakan, iaitu:<\/p>\n<p>1. Penyediaan prasarana komunikasi untuk kesihatan masa depan;<br \/>\n2. Perlengkapan komputer dan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR)<br \/>\ndi klinik kesihatan, termasuk klinik desa dan klinik komuniti;<br \/>\n3. Penyediaan kiosk telekesihatan di NADI;<br \/>\n4. Penghantaran ubat menggunakan dron ke kawasan luar bandar dan pedalaman sebagai penyelesaian kepada cabaran bentuk muka bumi;<br \/>\n5. Pelaksanaan langkah keselamatan siber di fasiliti kesihatan;<br \/>\n6. Penyediaan geran pengadaptasian sistem EMR;<br \/>\n7. Penubuhan Hab Inovasi Hospital Pintar; dan<br \/>\n8. Pemerkasaan penyertaan Malaysia dalam platform kesihatan digital global.<\/p>\n<p>Inisiatif ini turut menyasarkan peluasan perkhidmatan e-Kesihatan secara menyeluruh melalui 1,099 NADI di seluruh negara, yang akan berfungsi sebagai gerbang kesalinghubungan digital di kawasan luar bandar.<\/p>\n<p>Penduduk setempat akan mendapat akses kepada konsultasi maya bersama doktor melalui kiosk telekesihatan, sekali gus memastikan keterangkuman kesihatan digital di kawasan luar bandar.<\/p>\n<p>Sistem-sistem digital berasaskan pengkomputeran awan serta platform konsultasi maya akan digunakan bagi menyokong penghantaran ubat ke<br \/>\nkawasan sukar akses, memudahkan rawatan susulan, serta memperkukuh pemantauan berterusan pesakit luar bandar.<\/p>\n<p>KKM dan MCMC juga akan meneliti usaha pemerkasaan literasi digital kesihatan dalam kalangan komuniti setempat bagi meningkatkan keyakinan pengguna perkhidmatan kesihatan digital dari aspek keselamatan dan keberkesanan.<\/p>\n<p>Kolaborasi strategik ini amat penting ketika negara berdepan cabaran sistemik seperti pertambahan populasi warga emas, peningkatan beban penyakit tidak berjangkit (NCD), dan ketidakseimbangan nisbah pesakit kepada petugas kesihatan.<\/p>\n<p>Inisiatif ini berupaya memberikan impak positif kepada rakyat, sekali gus menyokong hasrat negara untuk muncul sebagai peneraju kesihatan digital serantau dan hab inovasi kesihatan global selaras aspirasi kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sabah menjadi lokasi pertama projek perintis penghantaran ubat-ubatan menggunakan dron yang dilancarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kerjasama antara MCMC dan KKM ini bagi memperkasakan agenda transformasi sistem kesihatan negara melalui teknologi digital dalam memperluas liputan dan akses perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman. \u201cKKM amat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1736,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[989,49,1014,16,15,1015,102],"authors":[],"class_list":["post-1735","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dr-dzulkefly-ahmad","tag-fahmi-fadzil","tag-kementerian-kesihatan","tag-mcmc","tag-nadi","tag-pusat-sebaran-maklumat-nasional","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1735","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1735"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1735\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1738,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1735\/revisions\/1738"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1736"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1735"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1735"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1735"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1735"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}