{"id":17379,"date":"2026-11-01T05:24:26","date_gmt":"2026-11-01T05:24:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17379"},"modified":"2026-11-01T05:24:26","modified_gmt":"2026-11-01T05:24:26","slug":"bn-pn-bergabung-dap-perlu-bersedia-hadapi-cabaran-besar-loke","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-pn-bergabung-dap-perlu-bersedia-hadapi-cabaran-besar-loke\/","title":{"rendered":"BN-PN bergabung, DAP perlu bersedia hadapi cabaran besar: Loke"},"content":{"rendered":"<p>DAP menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) menjadi lebih mencabar sekiranya kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diperluas ke peringkat nasional.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata perkembangan itu membawa cabaran baharu kepada parti berkenaan, sekali gus menuntut seluruh jentera DAP memperkukuh persiapan bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi, khususnya di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Berucap pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan, Loke mengingatkan anggota parti supaya tidak berundur meskipun berdepan tekanan politik dan perubahan landskap kerjasama antara parti.<\/p>\n<p>\u201cDAP mesti cukup berani untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang dan terus melakukan perkara yang betul, walaupun ia tidak semestinya memberikan keuntungan politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata konvensyen itu mungkin menjadi pertemuan terakhir parti sebelum menghadapi PRU16, dengan tempoh 12 bulan akan datang dijangka dipenuhi pelbagai persiapan dan cabaran.<\/p>\n<p>\u201cDalam tempoh 12 bulan akan datang, banyak kerja dan cabaran perlu kita hadapi, dan DAP Wilayah Persekutuan mesti membantu mempertahankan kerusi kita di Kuala Lumpur,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Loke turut memaklumkan kepimpinan DAP sudah menjalankan bedah siasat susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada November tahun lalu, apabila parti itu kehilangan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.<\/p>\n<p>Menurutnya, beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memulihkan sokongan rakyat, namun DAP perlu terus memperkukuh kedudukan dan bersedia menghadapi persaingan yang lebih sengit menjelang PRU-16.<\/p>\n<p>Kebimbangan DAP itu hadir ketika BN dan PN mula memperlihatkan kerjasama lebih tersusun dalam pilihan raya negeri, sekali gus mencetuskan kemungkinan perubahan dalam percaturan politik menjelang pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n<p>Kedua-dua gabungan itu sebelum ini bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu dan memperoleh majoriti dua pertiga, ketika Pakatan Harapan (PH) berdepan kekalahan besar.<\/p>\n<p>Loke sendiri antara pemimpin yang terkesan apabila tewas di kerusi DUN Chennah yang disandangnya sejak 2013 kepada calon BN, Siow Kong Choon.<\/p>\n<p>BN dan PN turut mencapai persefahaman bagi menghadapi PRN Melaka pada 14 November ini, dengan BN bertanding di 23 kerusi manakala PN bertanding di lima kerusi.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menjadi ujian penting kepada PH, termasuk DAP, untuk menilai semula strategi pilihan raya, memperkukuh sokongan akar umbi dan mempertahankan pengaruh dalam kalangan pengundi menjelang PRU-16.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) menjadi lebih mencabar sekiranya kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diperluas ke peringkat nasional. Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata perkembangan itu membawa cabaran baharu kepada parti berkenaan, sekali gus menuntut seluruh jentera DAP memperkukuh persiapan bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi, khususnya di Kuala [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2740,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,378,4202,63,185,951,101,146],"authors":[],"class_list":["post-17379","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-bn","tag-cabaran","tag-dap","tag-kempen","tag-pn","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17379","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17379"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17379\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17380,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17379\/revisions\/17380"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2740"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17379"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17379"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17379"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17379"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}