{"id":17381,"date":"2026-11-01T05:37:27","date_gmt":"2026-11-01T05:37:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17381"},"modified":"2026-11-01T05:37:27","modified_gmt":"2026-11-01T05:37:27","slug":"25-aduan-petrol-bercampur-air-di-perak-kpdn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/25-aduan-petrol-bercampur-air-di-perak-kpdn\/","title":{"rendered":"25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak 25 aduan berkaitan petrol RON95 yang disyaki bercampur air diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak sepanjang Oktober, membabitkan lima daerah di negeri itu.<\/p>\n<p>Pengarah KPDN Perak, Kamalludin Ismail, berkata aduan berkenaan diterima dari daerah Kinta, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar dan Manjung.<\/p>\n<p>Beliau berkata pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan susulan aduan orang ramai, termasuk mengambil sampel petrol RON95 untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisis dan pengesahan.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini kita masih belum menerima keputusan daripada Jabatan Kimia dan akan menunggu hasil analisis berkenaan sebelum menentukan tindakan lanjut,\u201d katanya selepas menyempurnakan pelepasan kira-kira 1,200 peserta larian anjuran Perak Community Specialist Hospital 2026, hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, semua aduan yang diterima setakat ini hanya membabitkan petrol RON95, manakala tiada aduan berkaitan diesel atau petrol RON97 dilaporkan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Kamalludin menasihatkan pengguna yang mendakwa mengalami kerosakan kenderaan akibat penggunaan petrol berkenaan supaya menyimpan semua dokumen dan bukti berkaitan bagi memudahkan proses tuntutan.<\/p>\n<p>Katanya, pengguna boleh mengemukakan tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) atau Mahkamah Sivil, bergantung pada keadaan dan jenis tuntutan yang ingin dibuat.<\/p>\n<p>Isu petrol RON95 yang disyaki bercampur air menjadi perhatian selepas beberapa hantaran tular di media sosial sejak kebelakangan ini, dengan pengguna mendakwa bahan api berkenaan menyebabkan masalah dan kerosakan pada kenderaan mereka.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, punca sebenar aduan itu masih belum dapat dipastikan dan memerlukan pengesahan melalui analisis sampel oleh Jabatan Kimia Malaysia.<\/p>\n<p>Keputusan analisis berkenaan dijangka menjadi asas kepada KPDN untuk menentukan tindakan susulan terhadap aduan yang diterima.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 25 aduan berkaitan petrol RON95 yang disyaki bercampur air diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak sepanjang Oktober, membabitkan lima daerah di negeri itu. Pengarah KPDN Perak, Kamalludin Ismail, berkata aduan berkenaan diterima dari daerah Kinta, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar dan Manjung. Beliau berkata pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":362,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1649,2487,5309,428,76,555],"authors":[],"class_list":["post-17381","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aduan","tag-air","tag-campur","tag-kpdn","tag-petrol","tag-ron95"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17381","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17381"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17381\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17382,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17381\/revisions\/17382"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/362"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17381"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17381"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17381"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17381"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}