{"id":17390,"date":"2026-11-01T07:37:39","date_gmt":"2026-11-01T07:37:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17390"},"modified":"2026-11-01T07:37:39","modified_gmt":"2026-11-01T07:37:39","slug":"rm259-5-juta-tunggakan-projek-luar-bandar-perlu-dilunaskan-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm259-5-juta-tunggakan-projek-luar-bandar-perlu-dilunaskan-zahid\/","title":{"rendered":"RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan perlu mencari jalan bagi menyelesaikan tunggakan bayaran projek luar bandar berjumlah RM259.5 juta, terutama kepada kontraktor yang sudah menyiapkan kerja tetapi masih belum menerima bayaran.<\/p>\n<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha perlu dilakukan bagi memastikan dana mencukupi dapat disediakan untuk melunaskan bayaran tertunggak, termasuk pembayaran berdasarkan kemajuan kerja kepada kontraktor dan pembekal.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, kerajaan akan berusaha menyelesaikan bayaran bagi projek yang sudah siap tetapi masih belum menerima pembayaran menjelang akhir tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cPada baki akhir tahun ini, mana-mana pembayaran bagi projek yang telah diselesaikan tetapi belum dapat bayaran, kita akan ikhtiarkan agar dana itu dapat membuat pembayaran.<\/p>\n<p>\u201cBegitu juga bayaran mengikut kerja-kerja kemajuan kepada kontraktor dan juga para pembekal,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, hari ini.<\/p>\n<p>Zahid turut menjelaskan isu berkenaan sudah dibangkitkan di Parlimen dan dijawab oleh Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Menteri KKDW, Fadzmel Fadzil mendedahkan tunggakan bayaran interim kepada kontraktor serta pampasan kepada pemilik tanah berjumlah RM259.503 juta masih belum dilunaskan setakat 30 September lalu, membabitkan 112 projek.<\/p>\n<p>Tunggakan itu berpunca daripada komitmen projek yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu tetapi bayaran masih belum diselesaikan, menyebabkan tanggungan berkenaan dibawa ke tahun berikutnya.<\/p>\n<p>Menurut Fadzmel, KKDW terpaksa menggunakan peruntukan dalaman sedia ada bagi membayar tunggakan itu, sekali gus memberi kesan kepada pelaksanaan program dan projek pembangunan lain.<\/p>\n<p>Antara yang terjejas ialah program pembinaan dan baik pulih rumah golongan miskin serta masyarakat Orang Asli yang membabitkan peruntukan RM200 juta.<\/p>\n<p>Penyelesaian tunggakan itu penting bagi memastikan kontraktor dan pembekal menerima hak mereka, selain mengelakkan tekanan kewangan yang boleh menjejaskan kelancaran projek pembangunan luar bandar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan perlu mencari jalan bagi menyelesaikan tunggakan bayaran projek luar bandar berjumlah RM259.5 juta, terutama kepada kontraktor yang sudah menyiapkan kerja tetapi masih belum menerima bayaran. Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha perlu dilakukan bagi memastikan dana mencukupi dapat disediakan untuk melunaskan bayaran tertunggak, termasuk pembayaran berdasarkan kemajuan kerja kepada kontraktor dan pembekal. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[147,4849,5483,5484,2425],"authors":[],"class_list":["post-17390","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-kkdw","tag-menteri-kemajuan-desa-dan-wilayah","tag-projek-luar-bandar","tag-tpm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17390","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17390"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17390\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17391,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17390\/revisions\/17391"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17390"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17390"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17390"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17390"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}