{"id":17405,"date":"2026-11-01T15:33:09","date_gmt":"2026-11-01T15:33:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17405"},"modified":"2026-11-01T15:33:09","modified_gmt":"2026-11-01T15:33:09","slug":"jangan-salah-guna-agama-dalam-politik-pesan-dr-maza","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-salah-guna-agama-dalam-politik-pesan-dr-maza\/","title":{"rendered":"Jangan salah guna agama dalam politik, pesan Dr Maza"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya mengadakan pilihan raya sekiranya proses menukar kerajaan melalui sistem itu dianggap haram, kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.<\/p>\n<p>Beliau berkata, usaha menukar kerajaan melalui pilihan raya merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, bukannya tindakan menggulingkan pemerintah menggunakan kekerasan atau pertumpahan darah.<\/p>\n<p>Menurutnya, pilihan raya membolehkan rakyat menentukan kepimpinan baharu secara aman melalui peti undi, sekali gus berbeza daripada tindakan menjatuhkan pemerintah seperti yang dibincangkan dalam sebahagian kitab klasik.<\/p>\n<p>\u201cPerlembagaan kita mengandungi satu kemungkaran yang wajib diubah. Ini merupakan pendapat yang sangat pelik bagi sistem demokrasi yang kita amalkan,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook Media Team Dr MAZA.<\/p>\n<p>Asri menjelaskan, dalam konteks Malaysia, pertukaran kerajaan lazimnya berlaku melalui proses pilihan raya yang sah di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri.<\/p>\n<p>Beliau berkata, walaupun mungkin terdapat pelanggaran peraturan pilihan raya di sesetengah tempat, perkara itu tidak mengubah hakikat pilihan raya menjadi saluran untuk rakyat menentukan kerajaan tanpa keganasan.<\/p>\n<p>\u201cDi Malaysia, apa yang kita lihat adalah pertarungan atas kertas undi melalui pilihan raya yang diperuntukkan oleh Perlembagaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berpandangan, usaha menggantikan kerajaan sedia ada dengan pentadbiran yang dianggap lebih baik, lebih adil atau lebih sesuai tidak sewajarnya dihukum haram semata-mata kerana melibatkan pertukaran pemerintah.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Asri mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati menggunakan agama untuk kepentingan politik kepartian, termasuk mengeluarkan pandangan atau fatwa berkaitan kewajipan mengundi parti tertentu.<\/p>\n<p>Katanya, beliau menyokong pembentukan kerajaan yang baik dan adil serta mengekalkan pemimpin yang terbukti menjalankan tanggungjawab dengan baik. Namun, penggunaan hujah agama perlu berasaskan alasan yang jelas dan tidak dipengaruhi sentimen kepartian semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cJika ada bukti atau ternyata parti tertentu boleh merosakkan agama atau negara dengan hujah-hujah yang jelas, maka boleh dikeluarkan fatwa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kepentingan memperluas kajian mengenai fiqh pilihan raya dan fiqh Parlimen supaya persoalan berkaitan politik serta pemerintahan dapat dinilai berdasarkan kefahaman agama yang tepat.<\/p>\n<p>\u201cBersainglah secara sihat dan profesional. Jangan gunakan agama melainkan jika benar-benar ada hujah di sisi agama untuk sesuatu fatwa agama dikeluarkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pilihan raya merupakan mekanisme utama dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia bagi membolehkan rakyat memilih wakil rakyat serta menentukan parti atau gabungan yang membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Proses itu tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang berkaitan, manakala SPR bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya mengikut bidang kuasanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya mengadakan pilihan raya sekiranya proses menukar kerajaan melalui sistem itu dianggap haram, kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau berkata, usaha menukar kerajaan melalui pilihan raya merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, bukannya tindakan menggulingkan pemerintah menggunakan kekerasan atau pertumpahan darah. Menurutnya, pilihan raya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6339,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5490,185,3392,633,1394,5491],"authors":[],"class_list":["post-17405","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dr-mohd-asri-zainul-abidin","tag-kempen","tag-mufti-perlis","tag-pilihan-raya","tag-spr","tag-suruhanjaya-pilihan-raya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17405","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17405"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17405\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17406,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17405\/revisions\/17406"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6339"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17405"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17405"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17405"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17405"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}