{"id":17416,"date":"2026-11-02T04:07:47","date_gmt":"2026-11-02T04:07:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17416"},"modified":"2026-11-02T04:07:47","modified_gmt":"2026-11-02T04:07:47","slug":"derma-palsu-guna-visual-ai-orang-ramai-diminta-berwaspada","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/derma-palsu-guna-visual-ai-orang-ramai-diminta-berwaspada\/","title":{"rendered":"Derma palsu guna visual AI, orang ramai diminta berwaspada"},"content":{"rendered":"<p>Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati sebelum menghulurkan sumbangan kepada kempen derma di media sosial susulan taktik penipuan baharu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi emosi dan meraih simpati.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, sikap prihatin dan pemurah masyarakat Malaysia kini semakin mudah dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab menerusi imej serta video janaan AI yang menggambarkan situasi menyedihkan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pengguna media sosial perlu meningkatkan literasi digital dan menyemak kesahihan sesuatu kempen sebelum membuat sebarang sumbangan bagi mengelakkan wang mereka disalurkan kepada pihak yang salah.<\/p>\n<p>\u201cJadi berhati-hati, silalah buat semakan fakta baik-baik kerana AI memang satu cabaran, tetapi sebelum ini kami juga banyak menerima aduan daripada pengguna yang gambar mereka disalah guna,\u201d katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kulai Besar, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Teo, penyalahgunaan teknologi AI semakin membimbangkan apabila sindiket menghasilkan visual yang direka khusus untuk membangkitkan kesedihan, sebelum memaparkan kod QR atau maklumat akaun bank bagi mengutip derma.<\/p>\n<p>Malah, beberapa hantaran yang dipercayai menggunakan imej janaan AI sebelum ini turut tular di media sosial. Kejanggalan pada visual berkenaan menimbulkan keraguan pengguna terhadap kesahihan cerita yang disampaikan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius kegiatan itu dan boleh mengambil tindakan termasuk memohon platform media sosial menurunkan kandungan berunsur penipuan selepas menerima aduan.<\/p>\n<p>Statistik MCMC menunjukkan sebanyak 174,099 permohonan penurunan kandungan berkaitan penipuan dikemukakan kepada platform media sosial setakat 15 Oktober lalu, meningkat berbanding 102,113 permohonan sepanjang tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Daripada jumlah permohonan tahun ini, sebanyak 170,633 hantaran berjaya diturunkan, mencerminkan kadar pematuhan tinggi platform media sosial terhadap permintaan berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Teo berkata kementerian turut menerima aduan daripada individu yang mendapati gambar dan nama mereka digunakan tanpa kebenaran bagi tujuan kutipan derma.<\/p>\n<p>Mangsa yang berdepan penyalahgunaan identiti dinasihatkan segera membuat laporan polis bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan, termasuk mengesan pemilik akaun bank yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.<\/p>\n<p>Sementara itu, dalam lawatan sama, Teo memaklumkan peruntukan RM150,000 daripada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) digunakan untuk membekalkan lima papan pintar interaktif kepada sekolah Tamil di daerah Kulai.<\/p>\n<p>SJKT Ladang Kulai Besar menerima dua unit, manakala SJKT Ladang Kelan, SJKT Ladang Kulai Oil Palm dan SJKT Sedenak masing-masing menerima satu unit bagi menyokong pembelajaran digital.<\/p>\n<p>Beliau turut meninjau pembinaan blok baharu tiga tingkat bernilai RM4.3 juta di SJKT Ladang Kulai Besar yang dibiayai Kementerian Pendidikan. Bangunan itu merangkumi dewan terbuka dan lapan bilik darjah, dengan penyerahan dijangka pada Jun tahun depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati sebelum menghulurkan sumbangan kepada kempen derma di media sosial susulan taktik penipuan baharu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi emosi dan meraih simpati. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, sikap prihatin dan pemurah masyarakat Malaysia kini semakin mudah dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab menerusi imej serta video janaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11969,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,331,16,405,1008,34,33,1816],"authors":[],"class_list":["post-17416","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-kecerdasan-buatan","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-penipuan","tag-scam","tag-teo-nie-ching","tag-timbalan-menteri-komunikasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17416","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17416"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17416\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17417,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17416\/revisions\/17417"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11969"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17416"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17416"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17416"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17416"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}