{"id":17425,"date":"2026-11-02T04:26:10","date_gmt":"2026-11-02T04:26:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17425"},"modified":"2026-11-02T04:26:10","modified_gmt":"2026-11-02T04:26:10","slug":"ringgit-dibuka-tinggi-didorong-jangkaan-normalisasi-opr-bernama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ringgit-dibuka-tinggi-didorong-jangkaan-normalisasi-opr-bernama\/","title":{"rendered":"Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama"},"content":{"rendered":"<p>Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini.<\/p>\n<p>Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0550\/0635 berbanding dolar AS daripada 4.0555\/0600 semasa ditutup pada Jumaat lepas.<\/p>\n<p>Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat bahawa ahli-ahli MPC akan memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas.<\/p>\n<p>Beliau berkata, langkah awal pengurangan kadar pada Julai 2025, yang menurunkan OPR daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus telah mencapai matlamatnya memandangkan pertumbuhan ekonomi kekal berdaya tahan meskipun berdepan kejutan tarif.<\/p>\n<p>&#8220;Pada 2025, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.2 peratus manakala dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, pertumbuhan KDNK meningkat kepada 5.5 peratus.<\/p>\n<p>&#8220;Sehubungan itu, normalisasi OPR adalah jelas memandangkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang perlahan susulan kejutan tarif tidak berlaku.<\/p>\n<p>&#8220;Justeru, ini boleh memberikan sokongan kepada ringgit hari ini,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya konsensus pasaran secara umumnya menjangkakan OPR kekal tidak berubah pada 2.75 peratus.<\/p>\n<p>Mengenai perkembangan luaran, katanya pasaran mata wang dijangka kekal berhati-hati menjelang pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada Selasa, terutamanya dalam ketidaktentuan yang menyelubungi konflik di Asia Barat.<\/p>\n<p>Berbanding mata wang utama, ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.4276\/4390 daripada 5.4461\/4522 semasa ditutup pada Jumaat lepas, naik berbanding euro kepada 4.5238\/5332 daripada 4.5413\/5464 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5715\/5771 daripada 2.5782\/5812 sebelum ini.<\/p>\n<p>Ringgit mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.<\/p>\n<p>Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1724\/1793 daripada 3.1753\/1791 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.0024\/0400 daripada 12.0373\/0561 sebelum ini.<\/p>\n<p>Ringgit mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 223.4\/224.0 dan peso Filipina kepada 6.36\/6.38 berbanding semasa ditutup pada Jumaat lepas. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini. Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0550\/0635 berbanding dolar AS daripada 4.0555\/0600 semasa ditutup pada Jumaat lepas. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[68,393,846,394],"authors":[],"class_list":["post-17425","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ekonomi","tag-mata-wang","tag-opr","tag-ringgit"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17425","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17425"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17425\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17426,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17425\/revisions\/17426"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17425"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17425"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17425"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17425"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}