{"id":17451,"date":"2026-11-03T04:43:57","date_gmt":"2026-11-03T04:43:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17451"},"modified":"2026-11-03T04:43:57","modified_gmt":"2026-11-03T04:43:57","slug":"prn-melaka-ph-gesa-spr-siasat-dakwaan-sogokan-bakul-makanan-di-dun-rim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-ph-gesa-spr-siasat-dakwaan-sogokan-bakul-makanan-di-dun-rim\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: PH gesa SPR siasat dakwaan sogokan bakul makanan di DUN Rim"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Melaka menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan sogokan menerusi pengagihan bakul makanan sempena sambutan Deepavali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.<\/p>\n<p>Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, siasatan perlu dilakukan secara telus dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan semua keterangan pihak terlibat serta bukti berkaitan diteliti.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan pantas penting bagi mengelakkan timbul keraguan dalam kalangan rakyat terhadap integriti dan ketelusan proses pilihan raya.<\/p>\n<p>&#8220;Dakwaan ini mesti disiasat dengan pantas dan telus bagi memelihara keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya.<\/p>\n<p>&#8220;Siasatan perlu menentukan sama ada pengagihan tersebut mempunyai unsur mempengaruhi undi, dan tindakan tegas hendaklah diambil jika kesalahan dibuktikan,&#8221; katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH, hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, satu laporan polis dibuat terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Rim, Khaidirah Abu Zahar berhubung dakwaan menggunakan premis serta jentera kerajaan untuk tujuan berkempen.<\/p>\n<p>Laporan berkenaan dikemukakan wakil PH di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada Isnin.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Adly turut menyokong desakan PKR supaya Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh memberikan penjelasan berhubung perkembangan 55 projek pembangunan negeri yang dilaporkan masih belum dimulakan setakat Jun 2025.<\/p>\n<p>Beliau berkata, selepas hampir 17 bulan, kerajaan negeri perlu menjelaskan status terkini projek berkenaan, termasuk jumlah yang sudah dimulakan, disiapkan atau masih tertangguh.<\/p>\n<p>Katanya, senarai lengkap projek perlu didedahkan kepada umum dengan menyatakan lokasi, nilai peruntukan, agensi pelaksana dan sasaran tarikh penyiapan.<\/p>\n<p>&#8220;Rakyat berhak tahu ke mana wang dibelanjakan, apa hasilnya dan bila kemudahan yang dijanjikan boleh digunakan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut meminta kerajaan negeri menjelaskan sebarang kekangan pelaksanaan, termasuk masalah teknikal, pengambilan tanah, kontraktor atau penyaluran dana, berserta langkah penyelesaian dan jadual pelaksanaan.<\/p>\n<p>Menurut Adly, ketelusan dalam perbelanjaan pembangunan penting bagi memastikan rakyat dapat menilai keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Melaka menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan sogokan menerusi pengagihan bakul makanan sempena sambutan Deepavali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim. Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, siasatan perlu dilakukan secara telus dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan semua keterangan pihak terlibat serta bukti berkaitan diteliti. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2933,409,2573,192,727,103,5505,1394],"authors":[],"class_list":["post-17451","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adly-zahari","tag-dun","tag-kesalahan","tag-melaka","tag-pakatan-harapan","tag-prn","tag-rim","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17451","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17451"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17451\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17452,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17451\/revisions\/17452"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17451"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17451"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17451"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17451"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}