{"id":17461,"date":"2026-11-03T06:14:42","date_gmt":"2026-11-03T06:14:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17461"},"modified":"2026-11-03T06:14:42","modified_gmt":"2026-11-03T06:14:42","slug":"lebih-724000-kandungan-judi-dalam-talian-diturunkan-mcmc-teo-nie-ching","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lebih-724000-kandungan-judi-dalam-talian-diturunkan-mcmc-teo-nie-ching\/","title":{"rendered":"Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menurunkan sebanyak 724,879 kandungan berkaitan perjudian dalam talian, selain menyekat 2,603 laman sesawang yang menawarkan kegiatan itu bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Oktober 2026.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jumlah kandungan yang diturunkan itu mewakili 98 peratus daripada keseluruhan 738,372 permohonan penurunan kandungan yang dikemukakan dalam tempoh berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan menyekat laman sesawang perjudian dilaksanakan menerusi kerjasama MCMC dengan pemberi perkhidmatan internet serta agensi penguatkuasaan berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cPolis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan agensi penguatkuasaan utama di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289), manakala MCMC melaksanakan tindakan kawal selia berkaitan penyalahgunaan platform dan rangkaian komunikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Teo berkata sebanyak 573 laman sesawang perjudian disekat manakala 253,424 kandungan berunsur perjudian diturunkan bagi tempoh Januari hingga Julai 2026.<\/p>\n<p>MCMC turut membantu PDRM dalam siasatan menerusi pembekalan maklumat, analisis forensik digital serta pengenalpastian kandungan dan laman sesawang yang digunakan untuk kegiatan perjudian dalam talian.<\/p>\n<p>Malah, agensi itu turut menyertai operasi bersepadu yang diterajui PDRM, termasuk Op JOL dan Op Soga XI tahun ini bagi membanteras perjudian serta pertaruhan dalam talian, termasuk aktiviti berkaitan Piala Dunia FIFA 2026.<\/p>\n<p>Mengulas cadangan supaya tindakan lebih tegas diambil terhadap akaun bank dan transaksi kewangan yang dikaitkan dengan sindiket perjudian, Teo berkata mekanisme memperkukuh kerjasama antara MCMC, Bank Negara Malaysia, institusi perbankan dan agensi penguatkuasaan sedang diteliti.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan cadangan yang sangat bagus dan sedang diteliti untuk kita pastikan boleh dipantau serta mengambil tindakan yang lebih keras terhadap aktiviti perjudian dalam talian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, MCMC bekerjasama dengan PDRM menerusi Op Pancing dan Op Delusi bagi membanteras penyalahgunaan peralatan Fake Base Transceiver Station (Fake BTS) yang digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) secara besar-besaran, termasuk pautan kepada aktiviti menyalahi undang-undang.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Teo menjelaskan tindakan tangkapan dan rampasan aset hasil kegiatan perjudian merupakan bidang kuasa PDRM, manakala MCMC bertindak memberikan bantuan dalam operasi penguatkuasaan yang diketuai polis.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menurunkan sebanyak 724,879 kandungan berkaitan perjudian dalam talian, selain menyekat 2,603 laman sesawang yang menawarkan kegiatan itu bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Oktober 2026. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jumlah kandungan yang diturunkan itu mewakili 98 peratus daripada keseluruhan 738,372 permohonan penurunan kandungan yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5038,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1643,145,16,43,33],"authors":[],"class_list":["post-17461","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dalam-talian","tag-judi","tag-mcmc","tag-pdrm","tag-teo-nie-ching"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17461","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17461"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17461\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17462,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17461\/revisions\/17462"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5038"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17461"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17461"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17461"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17461"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}