{"id":17465,"date":"2026-11-03T06:45:25","date_gmt":"2026-11-03T06:45:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17465"},"modified":"2026-11-03T06:45:25","modified_gmt":"2026-11-03T06:45:25","slug":"armada-bersatu-gesa-kaji-semula-pemberhentian-hampir-100-pekerja-utusan-kosmo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/armada-bersatu-gesa-kaji-semula-pemberhentian-hampir-100-pekerja-utusan-kosmo\/","title":{"rendered":"Armada Bersatu gesa kaji semula pemberhentian hampir 100 pekerja Utusan, Kosmo!"},"content":{"rendered":"<p>Armada Bersatu mendesak pihak pengurusan Media Mulia Sdn Bhd mengkaji semula rancangan pemberhentian hampir 100 pengamal media dan kakitangan sokongan syarikat itu, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.<\/p>\n<p>Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, pihaknya memandang serius perkembangan itu dan menyatakan solidariti terhadap nasib pekerja yang terjejas susulan pelaksanaan program rasionalisasi syarikat penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.<\/p>\n<p>Menurutnya, langkah pengecilan tenaga kerja dalam tempoh sensitif perlu dinilai semula dengan mengambil kira kebajikan serta masa depan pekerja yang terlibat.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan pelaksanaan Program Cuti Berbayar (Garden Leave) selama tiga bulan bermula 11 November ini yang didakwa berisiko membawa kepada penamatan perkhidmatan secara tetap.<\/p>\n<p>&#8220;Sebarang langkah pengecilan tenaga kerja yang dilaksanakan dalam tempoh sensitif ini wajib dinilai semula dengan penuh ihsan dan tanggungjawab moral.<\/p>\n<p>&#8220;Keadaan ini merupakan satu tamparan hebat kepada kebajikan para pekerja, terutama apabila mereka berdepan ketidaktentuan pekerjaan menjelang Aidilfitri,&#8221; katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Armada menggesa pengurusan Media Mulia, termasuk entiti pemegang saham Aurora Mulia Sdn Bhd dan Opulence Global Asia Sdn Bhd, meneroka pendekatan alternatif bagi menangani cabaran kewangan dan operasi syarikat tanpa menjadikan pekerja sebagai pihak yang menanggung kesannya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Armada menyambut baik inisiatif Kementerian Komunikasi melancarkan Dana Inovasi Media bernilai RM30 juta yang dijadual bermula awal Januari ini.<\/p>\n<p>Menurut Harris, dana berkenaan dilihat sebagai langkah positif untuk membantu syarikat media tempatan mempercepatkan transformasi digital dan memperkukuh kelangsungan industri kewartawanan negara.<\/p>\n<p>&#8220;Keprihatinan kementerian ini membuktikan komitmen dalam menyokong transformasi digital syarikat media tempatan, sekali gus berusaha memastikan kelangsungan kerjaya wartawan tanah air,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Armada turut menggesa satu ruang rundingan secara telus dibuka segera antara pihak pengurusan tertinggi Media Mulia dengan wakil pekerja bagi mencari penyelesaian terbaik.<\/p>\n<p>Katanya, sebarang pelan penstrukturan korporat perlu dilaksanakan secara adil, telus dan mematuhi undang-undang buruh dengan mengutamakan nilai kemanusiaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Armada Bersatu mendesak pihak pengurusan Media Mulia Sdn Bhd mengkaji semula rancangan pemberhentian hampir 100 pengamal media dan kakitangan sokongan syarikat itu, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, pihaknya memandang serius perkembangan itu dan menyatakan solidariti terhadap nasib pekerja yang terjejas susulan pelaksanaan program rasionalisasi syarikat penerbit akhbar Utusan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17410,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[105,73,5492,446,5510,2281],"authors":[],"class_list":["post-17465","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-armada","tag-bersatu","tag-kosmo","tag-pekerja","tag-pemberhentian","tag-utusan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17465"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17465\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17466,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17465\/revisions\/17466"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17410"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17465"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}