{"id":17474,"date":"2026-11-03T09:02:19","date_gmt":"2026-11-03T09:02:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17474"},"modified":"2026-11-03T09:14:27","modified_gmt":"2026-11-03T09:14:27","slug":"dana-inovasi-media-2-0-perkasa-industri-media-berdepan-cabaran-digital-teo-nie-ching","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dana-inovasi-media-2-0-perkasa-industri-media-berdepan-cabaran-digital-teo-nie-ching\/","title":{"rendered":"Dana Inovasi Media 2.0 perkasa industri media berdepan cabaran digital: Teo Nie Ching"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memperuntukkan geran sebanyak RM30 juta menerusi Dana Inovasi Media 2.0 bagi membantu organisasi media tempatan memperkukuh operasi bilik berita serta menghadapi cabaran perubahan teknologi dan landskap digital.<\/p>\n<p>Peruntukan fasa kedua itu menjadikan jumlah keseluruhan dana kerajaan bagi menyokong transformasi industri media tahun ini mencecah RM60 juta, selepas pelaksanaan Dana Inovasi Media 1.0 pada awal tahun.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, dana berkenaan diwujudkan khusus untuk membantu syarikat media menyusun semula model perniagaan supaya lebih mampan, selain memastikan kebajikan petugas media terus diberi perhatian.<\/p>\n<p>Menurutnya, industri media kini berdepan tekanan susulan perubahan corak pengiklanan dan penggunaan kandungan berita yang semakin tertumpu kepada platform media sosial berskala besar.<\/p>\n<p>\u201cBanyak kandungan digunakan oleh platform media sosial dan pengiklanan juga sudah beralih ke platform berkenaan. Kita tidak boleh menafikan agensi media kini mempunyai cabaran tersendiri.<\/p>\n<p>\u201cOleh sebab itu, kita melancarkan dana ini supaya bantuan dapat disalurkan kepada agensi media untuk memberi latihan kepada pekerja, menaik taraf fasiliti serta perkakasan operasi,\u201d katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.<\/p>\n<p>Teo berkata, skop permohonan Dana Inovasi Media 2.0 turut diperluas bagi membolehkan organisasi media menggunakan geran berkenaan untuk melanggan perkhidmatan sumber berita daripada agensi media lain.<\/p>\n<p>Langkah itu bertujuan memperluas akses kepada bahan berita, sekali gus membantu organisasi media meningkatkan kualiti kandungan dan memperkukuh keupayaan editorial masing-masing.<\/p>\n<p>Dalam pelaksanaan Dana Inovasi Media 1.0 sebelum ini, sebanyak 72 organisasi media tempatan menerima manfaat dengan kelulusan geran maksimum sehingga RM300,000 bagi setiap organisasi.<\/p>\n<p>Antara penerima manfaat termasuk Astro AWANI dan Astro Radio.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Teo menggalakkan semua organisasi media tempatan supaya mengambil peluang memohon dana fasa kedua berkenaan bagi mempercepat inovasi bilik berita, meningkatkan kemahiran tenaga kerja serta memastikan industri media terus berdaya saing.<\/p>\n<p>Dana berkenaan dilihat penting ketika organisasi media berdepan perubahan model pendapatan tradisional, persaingan platform digital dan keperluan mengadaptasi teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan serta pengedaran kandungan berita.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memperuntukkan geran sebanyak RM30 juta menerusi Dana Inovasi Media 2.0 bagi membantu organisasi media tempatan memperkukuh operasi bilik berita serta menghadapi cabaran perubahan teknologi dan landskap digital. Peruntukan fasa kedua itu menjadikan jumlah keseluruhan dana kerajaan bagi menyokong transformasi industri media tahun ini mencecah RM60 juta, selepas pelaksanaan Dana Inovasi Media 1.0 pada awal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17419,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5495,248,184,16,535,33],"authors":[],"class_list":["post-17474","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dana-inovasi-media-2-0","tag-digital","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-peruntukan","tag-teo-nie-ching"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17474","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17474"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17474\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17475,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17474\/revisions\/17475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17419"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17474"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17474"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17474"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17474"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}