{"id":17493,"date":"2026-11-03T14:36:44","date_gmt":"2026-11-03T14:36:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17493"},"modified":"2026-11-03T14:36:44","modified_gmt":"2026-11-03T14:36:44","slug":"rm14-bilion-wang-tidak-dituntut-ramai-tak-sedar-amir-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm14-bilion-wang-tidak-dituntut-ramai-tak-sedar-amir-hamzah\/","title":{"rendered":"RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak RM14 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih direkodkan kerajaan setakat akhir September lalu, dengan sebahagian besar daripadanya dipercayai tidak dituntut kerana pemilik tidak menyedari kewujudan wang berkenaan.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, antara faktor utama menyebabkan jumlah wang itu terus terkumpul ialah kurangnya kesedaran orang ramai mengenai hak mereka untuk mendapatkan semula wang yang masih tersimpan dalam rekod kerajaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, terdapat pemilik yang gagal dikesan apabila maklumat perhubungan seperti alamat dan nombor telefon tidak lagi tepat atau tidak dikemas kini.<\/p>\n<p>\u201cIa juga disebabkan kekurangan maklumat mengenai kewujudan WTD, khususnya apabila pemilik tidak menyedari terdapat wang yang masih terhutang kepada mereka oleh entiti atau syarikat,\u201d katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Amir Hamzah berkata, isu berkenaan turut melibatkan wang milik individu yang sudah meninggal dunia, tetapi tidak dituntut kerana waris atau pentadbir harta pusaka tidak mengetahui kewujudannya.<\/p>\n<p>Selain itu, terdapat waris yang berdepan kesukaran mendapatkan dokumen sokongan bagi membuktikan hak mereka terhadap wang berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, sebahagian pemilik sebenarnya sudah mengetahui kewujudan WTD, namun masih belum membuat tuntutan disebabkan faktor peribadi atau kekangan masa.<\/p>\n<p>Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan memperluas kemudahan semakan dan tuntutan secara dalam talian menerusi portal eGUMIS yang dikendalikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).<\/p>\n<p>\u201cMelalui portal eGUMIS, orang awam boleh menyemak dan membuat tuntutan WTD secara dalam talian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kemudahan itu membolehkan pemilik yang sah mendapatkan semula wang mereka dengan lebih mudah dan pantas tanpa dikenakan sebarang caj.<\/p>\n<p>Portal eGUMIS turut diintegrasikan dengan aplikasi MyGov Malaysia sejak 22 Januari lalu bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan kerajaan secara digital.<\/p>\n<p>Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, JANM turut memperluas program turun padang menerusi penganjuran 176 program reruai WTD di seluruh negara setakat 30 Oktober lalu, berbanding 89 program sepanjang 2025.<\/p>\n<p>Menurut Amir Hamzah, JANM juga menyediakan perkhidmatan bas bergerak sebanyak dua kali sebulan bagi membantu masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar, membuat semakan dan mendapatkan maklumat berkaitan tuntutan WTD.<\/p>\n<p>Wang Tak Dituntut lazimnya merangkumi wang yang masih menjadi hak individu atau organisasi tetapi tidak dituntut dalam tempoh ditetapkan, termasuk wang simpanan, dividen, gaji, deposit dan bayaran yang tidak ditunaikan.<\/p>\n<p>Orang ramai boleh membuat semakan secara percuma menerusi portal rasmi eGUMIS bagi mengetahui sama ada terdapat wang yang masih menjadi hak mereka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak RM14 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih direkodkan kerajaan setakat akhir September lalu, dengan sebahagian besar daripadanya dipercayai tidak dituntut kerana pemilik tidak menyedari kewujudan wang berkenaan. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, antara faktor utama menyebabkan jumlah wang itu terus terkumpul ialah kurangnya kesedaran orang ramai mengenai hak mereka untuk mendapatkan semula [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,1810,482,129,3378],"authors":[],"class_list":["post-17493","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-menteri-kewangan-ii","tag-mof","tag-wang-tak-dituntut","tag-wtd"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17493","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17493"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17493\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17494,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17493\/revisions\/17494"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17493"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17493"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17493"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17493"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}