{"id":17522,"date":"2026-11-04T05:14:27","date_gmt":"2026-11-04T05:14:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17522"},"modified":"2026-11-04T05:14:27","modified_gmt":"2026-11-04T05:14:27","slug":"mmm-mahu-hak-pekerja-utusan-kosmo-dilindungi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mmm-mahu-hak-pekerja-utusan-kosmo-dilindungi\/","title":{"rendered":"MMM mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi"},"content":{"rendered":"<p>Majlis Media Malaysia (MMM) menggesa Media Mulia Sdn Bhd memastikan kebajikan dan hak pekerja terus dilindungi susulan langkah penstrukturan semula operasi membabitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.<\/p>\n<p>MMM berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa pekerja yang melahirkan kebimbangan mengenai jaminan pekerjaan serta masa depan kerjaya mereka, meskipun belum ada pengumuman rasmi berhubung pemberhentian kakitangan setakat ini.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan majlis itu, pihak pengurusan Media Mulia perlu memberikan penjelasan secara terbuka dan telus kepada pekerja mengenai proses penstrukturan, kriteria keputusan berkaitan pekerjaan serta kemungkinan kesannya terhadap kedudukan mereka.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai pemberhentian pekerja, MMM memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan oleh petugas. Kebimbangan ini tidak boleh dipandang ringan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>MMM mengakui organisasi media kini berdepan tekanan kewangan dan operasi yang besar, selain perlu menyesuaikan model perniagaan dengan perubahan landskap industri serta peralihan kepada platform digital.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, majlis itu menegaskan sebarang keputusan penstrukturan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip ketelusan, keadilan dan rundingan bermakna bersama pekerja yang terjejas.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun syarikat perlu mempunyai ruang untuk membuat keputusan sukar demi memastikan kelangsungan perniagaan, keputusan sedemikian mestilah disertai dengan ketelusan, keadilan dan rundingan bermakna bersama pekerja yang terjejas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>MMM turut mengalu-alukan komitmen Media Mulia untuk menangani kebimbangan kakitangannya, namun meminta pihak pengurusan menterjemahkan komitmen itu melalui komunikasi terbuka dan penjelasan yang menyeluruh.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, MMM menyambut baik kesediaan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi meneliti situasi itu serta mencari penyelesaian terhadap kebimbangan mengenai jaminan pekerjaan.<\/p>\n<p>Majlis itu turut menawarkan kesediaan untuk menjadi pemudah cara perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja bagi memastikan penyelesaian yang adil serta mampan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Media Mulia dilaporkan sedang melaksanakan penilaian strategik terhadap model perniagaan, struktur operasi dan hala tuju syarikat, termasuk Program Cuti Berbayar yang membabitkan hampir 100 pekerja.<\/p>\n<p>Langkah rasionalisasi itu dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan operasi syarikat penerbitan berkenaan dalam menghadapi perubahan industri media yang semakin mencabar, khususnya perkembangan dan persaingan platform digital.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majlis Media Malaysia (MMM) menggesa Media Mulia Sdn Bhd memastikan kebajikan dan hak pekerja terus dilindungi susulan langkah penstrukturan semula operasi membabitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!. MMM berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa pekerja yang melahirkan kebimbangan mengenai jaminan pekerjaan serta masa depan kerjaya mereka, meskipun belum ada pengumuman rasmi berhubung pemberhentian kakitangan setakat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17410,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[491,5492,902,2385,446,146,2281],"authors":[],"class_list":["post-17522","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-buang","tag-kosmo","tag-majlis-media-malaysia","tag-mmm","tag-pekerja","tag-umno","tag-utusan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17522","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17522"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17522\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17523,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17522\/revisions\/17523"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17410"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17522"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17522"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17522"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17522"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}