{"id":17524,"date":"2026-11-04T06:51:47","date_gmt":"2026-11-04T06:51:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17524"},"modified":"2026-11-04T06:51:47","modified_gmt":"2026-11-04T06:51:47","slug":"beras-masih-cukup-jangan-buat-pembelian-panik-mohamad-sabu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/beras-masih-cukup-jangan-buat-pembelian-panik-mohamad-sabu\/","title":{"rendered":"Beras masih cukup, jangan buat pembelian panik: Mohamad Sabu"},"content":{"rendered":"<p>Rakyat tidak perlu membuat pembelian panik atau menyimpan stok makanan secara berlebihan susulan persediaan negara menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan kemungkinan fenomena Super El Nino.<\/p>\n<p>Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, bekalan makanan negara termasuk beras dan telur ketika ini masih mencukupi serta berada dalam keadaan stabil.<\/p>\n<p>Beliau berkata, situasi semasa belum memerlukan orang ramai mengambil langkah menyimpan bekalan makanan dalam kuantiti besar sebagai persediaan menghadapi kemungkinan gangguan akibat perubahan cuaca.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini kita tidak perlu panik apa-apa. Tidak perlu beli beras atau telur untuk simpan banyak-banyak.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah kalau sampai peringkat itu kita akan beritahu tetapi setakat ini keadaan makanan masih stabil,\u201d katanya selepas menyampaikan Bantuan Skim Takaful Tanaman Padi di Bendang Belukar, hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad turut memberi jaminan bekalan beras negara masih mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna meskipun negara sedang membuat persediaan menghadapi kemungkinan kesan perubahan cuaca terhadap sektor agromakanan.<\/p>\n<p>\u201cCukup. Masih ada. Beras pun cukup, insya-Allah,\u201d katanya ketika diminta mengulas mengenai persediaan stok makanan bagi menghadapi MTL.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan kerajaan akan memaklumkan kepada rakyat sekiranya berlaku perubahan ketara terhadap kedudukan bekalan makanan negara sehingga memerlukan tindakan tertentu.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Monsun Timur Laut lazimnya membawa hujan lebat berterusan, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, selain meningkatkan risiko banjir dan menjejaskan aktiviti pertanian serta rantaian bekalan makanan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, kebimbangan terhadap kemungkinan fenomena Super El Nino turut meningkatkan perhatian terhadap risiko cuaca ekstrem yang boleh memberi kesan kepada pengeluaran hasil pertanian.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, kerajaan terus memantau kedudukan bekalan makanan bagi memastikan keperluan rakyat terjamin tanpa mencetuskan pembelian panik dalam kalangan pengguna.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat tidak perlu membuat pembelian panik atau menyimpan stok makanan secara berlebihan susulan persediaan negara menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan kemungkinan fenomena Super El Nino. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, bekalan makanan negara termasuk beras dan telur ketika ini masih mencukupi serta berada dalam keadaan stabil. Beliau berkata, situasi semasa belum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9251,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3422,3424,2345,1596,3455,3454],"authors":[],"class_list":["post-17524","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-beras","tag-menteri-pertanian-dan-keterjaminan-makanan","tag-mohamad-sabu","tag-monsun-timur-laut","tag-panik","tag-pembelian"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17524","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17524"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17524\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17525,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17524\/revisions\/17525"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9251"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17524"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17524"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17524"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17524"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}