{"id":17526,"date":"2026-11-04T06:55:30","date_gmt":"2026-11-04T06:55:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17526"},"modified":"2026-11-04T06:59:42","modified_gmt":"2026-11-04T06:59:42","slug":"csa-azalina-tegur-hadi-istilah-dajjal-keterlaluan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/csa-azalina-tegur-hadi-istilah-dajjal-keterlaluan\/","title":{"rendered":"CSA: Azalina tegur Hadi, istilah Dajal keterlaluan"},"content":{"rendered":"<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said menyifatkan penggunaan istilah Dajjal oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagi menggambarkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) sebagai keterlaluan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, terdapat banyak pilihan perkataan lain yang boleh digunakan untuk menyatakan ketidaksetujuan terhadap sesuatu perkara tanpa menggunakan istilah yang boleh mencetuskan tafsiran ekstrem.<\/p>\n<p>\u201cKalau dia memanggil Dajjal, saya rasa dialah kena berikan sebabnya. Saya tak boleh komen kerana saya bukan pakar agama.<\/p>\n<p>\u201cKalau saya tak suka, banyak lagi perkataan saya boleh pakai kalau tak suka, tapi janganlah sampai ekstrem,\u201d katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Pembaharuan Insolvensi Asia 2026 di W Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.<\/p>\n<p>Azalina turut mempersoalkan penggunaan istilah berkenaan dengan merujuk kepada pengertian Dajjal dalam konteks kepercayaan Islam.<\/p>\n<p>\u201cSaya tengok definisi Dajjal itu adalah tanda yang turun masa nak kiamat. Adakah dia tahu bila kiamat nak berlaku?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan menyifatkan pemeteraian CSA sebagai satu pendekatan Dajjal kerana didakwa mengkhianati amanah rakyat.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan hasil negara sepatutnya menjadi hak rakyat, sama ada diperoleh secara langsung atau tidak langsung.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Kerajaan MADANI memeterai CSA dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas pada minggu lalu bagi memastikan sokongan terhadap pentadbiran kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen semasa.<\/p>\n<p>Mereka terdiri daripada enam Ahli Parlimen mewakili Bersatu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada MUDA serta enam Ahli Parlimen Bebas.<\/p>\n<p>Melalui perjanjian itu, kesemua mereka bersetuju menyokong kerajaan dalam undian penting di Parlimen, termasuk berkaitan Belanjawan 2027.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Azalina ketika ditanya mengenai dakwaan setiap Ahli Parlimen yang menandatangani CSA akan menerima peruntukan RM3 juta setahun seperti wakil rakyat kerajaan, berkata beliau dimaklumkan perkara itu turut terpakai kepada mereka.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak tahu lanjut, cuma saksi sahaja tetapi dimaklumkan kononnya sama dengan wakil rakyat kerajaan. Itu saya dimaklumkan tetapi perbincangan hanya dilakukan sesama mereka,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said menyifatkan penggunaan istilah Dajjal oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagi menggambarkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) sebagai keterlaluan. Beliau berkata, terdapat banyak pilihan perkataan lain yang boleh digunakan untuk menyatakan ketidaksetujuan terhadap sesuatu perkara tanpa menggunakan istilah yang boleh mencetuskan tafsiran ekstrem. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,1456,5434,5524,4354,126,5449],"authors":[],"class_list":["post-17526","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-azalina-othman-said","tag-csa","tag-dajjal","tag-menteri-di-jabatan-perdana-menteri","tag-pas","tag-perjanjian-kepercayaan-dan-perbekalan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17526","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17526"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17526\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17530,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17526\/revisions\/17530"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17526"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17526"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17526"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17526"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}