{"id":17528,"date":"2026-11-04T06:59:27","date_gmt":"2026-11-04T06:59:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17528"},"modified":"2026-11-04T06:59:27","modified_gmt":"2026-11-04T06:59:27","slug":"pas-dulu-terima-mou-sekarang-csa-pula-dikaitkan-dengan-dajal-kamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-dulu-terima-mou-sekarang-csa-pula-dikaitkan-dengan-dajal-kamil\/","title":{"rendered":"PAS dulu terima MoU, sekarang CSA pula dikaitkan dengan Dajal: Kamil"},"content":{"rendered":"<p>Setiausaha Politik Perdana Menteri, Kamil Munim mempersoalkan pendirian PAS yang mengaitkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan pendekatan Dajal, sedangkan parti itu pernah menerima persefahaman politik seumpamanya ketika berada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Kamil berkata, PAS pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH) pada 13 September 2021.<\/p>\n<p>Menurutnya, walaupun dinamakan MoU, persefahaman itu turut mempunyai elemen *confidence and supply* bagi memastikan kestabilan kerajaan serta kelancaran proses kelulusan Belanjawan.<\/p>\n<p>\u201cKetika PAS berada dalam kerajaan, persefahaman sedemikian dianggap perlu demi kestabilan negara. Tidak pula kedengaran istilah Dajal digunakan.<\/p>\n<p>\u201cTetapi apabila PAS berada di luar kerajaan, mekanisme politik yang serupa tiba-tiba dikaitkan dengan Dajal.<\/p>\n<p>\u201cApakah ini suatu kaedah baharu dalam politik PAS? Halal bagi kami, haram bagi kamu?\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Kenyataan itu susulan tindakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan CSA dimeterai kerajaan dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang sebagai pendekatan Dajal kerana didakwa mengkhianati amanah.<\/p>\n<p>Abdul Hadi sebelum ini mendakwa CSA merupakan satu bentuk persetujuan politik yang membolehkan blok pembangkang atau Ahli Parlimen bebas memberikan sokongan bersyarat kepada kerajaan.<\/p>\n<p>Beliau turut mengaitkan mekanisme itu dengan kemunculan dajal-dajal kecil pada akhir zaman, sambil mendakwa ia menjadikan kuasa sebagai sesuatu yang dipertahankan melalui desakan dan bukannya amanah.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berkata, perbezaan pandangan mengenai CSA termasuk syarat dan pelaksanaannya boleh dibincangkan secara terbuka.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya istilah agama tidak digunakan untuk menghukum mekanisme politik yang pernah diterima PAS ketika parti itu berada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh berbeza pandangan tentang CSA, malah boleh mempertikaikan syarat dan pelaksanaannya. Tetapi janganlah sampai istilah agama digunakan untuk menghukum sesuatu yang dahulunya diterima ketika berada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cYang berubah ialah kedudukan politik. Jangan sampai neraca halal dan haram pun turut berubah mengikut kedudukan kerusi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan agama mengajar umat Islam supaya berlaku adil dan berpegang pada prinsip, bukannya menggunakan ukuran berbeza berdasarkan kedudukan politik seseorang.<\/p>\n<p>Pada September 2021, kerajaan pimpinan Ismail Sabri memeterai MoU bersama PH bagi memperkukuh kestabilan politik dan melaksanakan agenda reformasi. Persefahaman itu turut membuka ruang kerjasama dalam urusan Parlimen, termasuk berkaitan kelulusan Belanjawan.<\/p>\n<p>CSA pula merupakan mekanisme sokongan bersyarat di Parlimen yang membolehkan kerajaan memperoleh sokongan Ahli Parlimen tertentu tanpa perlu membentuk gabungan kerajaan secara rasmi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiausaha Politik Perdana Menteri, Kamil Munim mempersoalkan pendirian PAS yang mengaitkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan pendekatan Dajal, sedangkan parti itu pernah menerima persefahaman politik seumpamanya ketika berada dalam kerajaan. Kamil berkata, PAS pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5434,5521,2488,960,126,5449],"authors":[],"class_list":["post-17528","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-csa","tag-dajal","tag-mou","tag-muhammad-kamil-abdul-munim","tag-pas","tag-perjanjian-kepercayaan-dan-perbekalan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17528","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17528"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17528\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17529,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17528\/revisions\/17529"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17528"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17528"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17528"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17528"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}