{"id":17536,"date":"2026-11-04T09:10:22","date_gmt":"2026-11-04T09:10:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17536"},"modified":"2026-11-04T09:10:22","modified_gmt":"2026-11-04T09:10:22","slug":"pengasingan-ag-dan-pendakwa-raya-ambil-masa-setahun-perlu-148-undi-mp","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengasingan-ag-dan-pendakwa-raya-ambil-masa-setahun-perlu-148-undi-mp\/","title":{"rendered":"Pengasingan AG dan Pendakwa Raya ambil masa setahun, perlu 148 undi MP"},"content":{"rendered":"<p>Langkah untuk memisahkan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) dijangka mengambil masa kira-kira setahun berikutan keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan serta 21 undang-undang berkaitan.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, proses berkenaan memerlukan perancangan rapi dan tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh singkat kerana melibatkan pindaan undang-undang secara menyeluruh.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebanyak 21 undang-undang berkaitan perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan Parlimen sebelum pengasingan kedua-dua peranan itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaannya mungkin mengambil masa setahun kerana terdapat 21 undang-undang berkaitan yang perlu kita bentangkan dan luluskan di Parlimen,\u201d katanya selepas menghadiri Forum Pembaharuan Insolvensi Asia (FAIR) 2026 hari ini.<\/p>\n<p>Azalina turut menggesa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang supaya mengetepikan kepentingan politik kepartian bagi memastikan reformasi institusi itu mendapat sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Katanya, sekurang-kurangnya 148 undi diperlukan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan AG dan PP.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan reformasi itu perlu dilihat sebagai agenda kepentingan negara dan bukannya kepentingan mana-mana parti politik.<\/p>\n<p>\u201cPemisahan AG-PP ini perlu melangkaui fahaman politik kerana pihak yang akhirnya akan menerima manfaat daripadanya ialah parti politik itu sendiri.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu apabila berlaku pilihan raya dan pertukaran kerajaan, timbul tuduhan pendakwaan yang dilakukan bermotifkan politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Azalina, pelaksanaan pengasingan itu ketika ini mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada semua parti politik, termasuk pihak yang mungkin mengambil alih kerajaan pada masa depan.<\/p>\n<p>Beliau turut berpandangan sokongan penuh daripada 218 Ahli Parlimen yang layak mengundi akan menghantar mesej positif kepada rakyat mengenai kesepakatan kepimpinan politik dalam menjayakan reformasi institusi.<\/p>\n<p>\u201cJika kita laksanakannya sekarang, ia akan memberikan lebih banyak kebaikan kepada parti serta ahli politik dan bukannya kemudaratan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, cadangan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan antara agenda reformasi institusi yang bertujuan memperjelaskan bidang kuasa kedua-dua jawatan, khususnya dalam aspek nasihat perundangan kepada kerajaan dan kuasa menjalankan pendakwaan jenayah.<\/p>\n<p>Pengasingan itu juga dilihat penting bagi memperkukuh kebebasan institusi pendakwaan serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Langkah untuk memisahkan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) dijangka mengambil masa kira-kira setahun berikutan keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan serta 21 undang-undang berkaitan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, proses berkenaan memerlukan perancangan rapi dan tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh singkat kerana melibatkan pindaan undang-undang secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1505,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1456,781,309,342,1648,402,3347],"authors":[],"class_list":["post-17536","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azalina-othman-said","tag-mp","tag-parlimen","tag-peguam-negara","tag-pendakwa-raya","tag-undang-undang","tag-undi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17536","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17536"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17536\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17537,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17536\/revisions\/17537"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1505"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17536"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17536"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17536"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17536"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}