{"id":17546,"date":"2026-11-05T02:51:16","date_gmt":"2026-11-05T02:51:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17546"},"modified":"2026-11-05T02:51:16","modified_gmt":"2026-11-05T02:51:16","slug":"gaji-minimum-rm2000-perlu-seiring-bantuan-kos-sara-hidup-amir-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/gaji-minimum-rm2000-perlu-seiring-bantuan-kos-sara-hidup-amir-hamzah\/","title":{"rendered":"Gaji minimum RM2,000 perlu seiring bantuan kos sara hidup: Amir Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Dasar kenaikan gaji minimum tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian sebaliknya perlu bergerak seiring bantuan bersasar, rasionalisasi subsidi dan perlindungan kesihatan mampu milik bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata pendekatan menyeluruh itu penting supaya peningkatan pendapatan pekerja benar-benar memberi kesan positif kepada kehidupan isi rumah, terutama ketika berdepan tekanan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan merangka beberapa inisiatif secara saling melengkapi termasuk kenaikan gaji minimum, Sumbangan Asas Rahmah (SARA), rasionalisasi subsidi bahan api RON95 serta pengenalan skim insurans dan takaful perubatan mampu milik MediAsas.<\/p>\n<p>Menerusi perkongsian di LinkedIn susulan penjelasannya dalam sebuah podcast kewangan, beliau berkata tiada satu pun dasar berkenaan boleh dianggap sebagai pencapaian tersendiri.<\/p>\n<p>\u201cTiada satu pun daripada langkah ini merupakan kejayaan yang berdiri sendiri. Setiap satunya berperanan sebagai pengimbang kepada perkara lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menerusi Belanjawan 2027, kadar gaji minimum akan dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027, sekali gus memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja.<\/p>\n<p>Pada masa sama, bantuan SARA diperluas kepada hampir 13 juta rakyat termasuk golongan M40, manakala peruntukan keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA akan ditingkatkan kepada RM16 bilion pada 2027.<\/p>\n<p>Bantuan bulanan SARA turut dinaikkan kepada RM150 atau RM1,800 setahun bagi membantu penerima menghadapi peningkatan perbelanjaan harian.<\/p>\n<p>Setakat 22 Oktober lalu, kerajaan telah menyalurkan RM3.6 bilion STR menerusi tiga fasa pembayaran, manakala jumlah keseluruhan bantuan STR dan SARA yang disalurkan kepada penerima layak hampir RM12 bilion.<\/p>\n<p>Selain bantuan pendapatan, kerajaan turut merancang memperkenalkan MediAsas pada akhir Januari 2027 sebagai pilihan perlindungan insurans perubatan dan takaful pada kadar mampu milik.<\/p>\n<p>Sebanyak RM200 juta juga diperuntukkan bagi memperkukuh program rawatan pesakit secara penyumberan luar bagi mengurangkan tempoh menunggu mendapatkan rawatan.<\/p>\n<p>Amir Hamzah berkata, kerajaan pada asasnya perlu mengimbangi dua matlamat utama iaitu membina ekonomi yang mampan serta memastikan perpaduan sosial terus terpelihara.<\/p>\n<p>Beliau berkata keputusan berkaitan subsidi, disiplin fiskal dan kecukupan hasil kerajaan tidak boleh terus ditangguhkan kerana tindakan itu hanya akan memindahkan beban kewangan kepada generasi akan datang.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kali kita mengelak daripada membuat keputusan sukar berkaitan subsidi, disiplin fiskal dan kecukupan perolehan, kita sebenarnya membebankan masa depan anak-anak kita. Saya tidak sanggup berbuat demikian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau mengingatkan jurang pendapatan yang semakin melebar boleh mencetuskan masalah sosial lebih serius sekiranya tidak ditangani.<\/p>\n<p>\u201cJika jurang antara golongan berpendapatan tertinggi dengan golongan berpendapatan terendah terus melebar, kita bukan sekadar berdepan masalah ekonomi, malah sedang mewujudkan masalah sosial,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan pengurusan ekonomi seperti memimpin sebuah orkestra yang memerlukan setiap dasar dilaksanakan pada masa dan kadar bersesuaian.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, keberkesanan sesuatu dasar kerajaan perlu dinilai berdasarkan bagaimana ia saling melengkapi dalam memastikan kestabilan ekonomi dan melindungi rakyat, bukan hanya berdasarkan kesan segera kepada individu.<\/p>\n<p>Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 merupakan antara langkah kerajaan dalam Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pendapatan pekerja.<\/p>\n<p>Namun, pelaksanaannya turut bergantung kepada keseimbangan antara kemampuan majikan, produktiviti ekonomi dan keperluan isi rumah menghadapi kos sara hidup.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dasar kenaikan gaji minimum tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian sebaliknya perlu bergerak seiring bantuan bersasar, rasionalisasi subsidi dan perlindungan kesihatan mampu milik bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata pendekatan menyeluruh itu penting supaya peningkatan pendapatan pekerja benar-benar memberi kesan positif kepada kehidupan isi rumah, terutama ketika berdepan tekanan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,944,106,1810,5102,1004,946,296],"authors":[],"class_list":["post-17546","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-bantuan","tag-gaji","tag-menteri-kewangan-ii","tag-minimum","tag-sara","tag-str","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17546","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17546"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17546\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17547,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17546\/revisions\/17547"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17546"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17546"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17546"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17546"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}