{"id":17570,"date":"2026-11-05T10:35:15","date_gmt":"2026-11-05T10:35:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17570"},"modified":"2026-11-05T10:35:15","modified_gmt":"2026-11-05T10:35:15","slug":"anwar-tegur-hadi-jangan-permainkan-agama-sedia-dedah-kandungan-csa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-tegur-hadi-jangan-permainkan-agama-sedia-dedah-kandungan-csa\/","title":{"rendered":"Anwar tegur Hadi jangan permainkan agama, sedia dedah kandungan CSA"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan kandungan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Madani dengan Parti Bersatu serta beberapa Ahli Parlimen Bebas, susulan gesaan Perikatan Nasional (PN) supaya perjanjian itu dibuka kepada umum.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk merahsiakan perjanjian berkenaan kerana kandungannya tidak melibatkan perkara yang perlu disembunyikan.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu akan dibawa kepada perhatian Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian berkenaan, dalam mesyuarat Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>\u201cSaya tiada keberatan mendedahkannya, malah draf dan prinsip perjanjian itu pun sama sahaja seperti perjanjian antara PH bersama kerajaan ketika itu yang dianggotai PAS, Bersatu dan UMNO.<\/p>\n<p>\u201cMalah, yang mengemukakan cadangan perjanjian itu dulu pun parti dia (PAS), tetapi sekarang dia pertikai,\u201d katanya selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2026 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut mempersoalkan tindakan pemimpin PAS yang membangkitkan isu berkenaan sedangkan cadangan asal pelaksanaan perjanjian seumpama itu pernah dikemukakan oleh parti berkenaan ketika berada dalam kerajaan sebelum ini.<\/p>\n<p>Mengulas tindakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan CSA sebagai pendekatan &#8216;dajal&#8217;, Anwar menyifatkan penggunaan istilah sedemikian sebagai tidak wajar, khususnya apabila melibatkan perbezaan pandangan politik.<\/p>\n<p>\u201cTan Sri Hadi itu orang alim, sepatutnya kenyataan-kenyataan dia lebih terkawal. Untuk menghukum orang atau kumpulan atau pendirian sebagai dajal, itu tidak kena,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan pendekatan yang menggunakan label berbeza terhadap sesuatu tindakan bergantung kepada pihak yang melaksanakannya.<\/p>\n<p>\u201cJadi macam mana sekarang ini, bila dia buat, tak dajal, bila orang buat, jadi dajal. Ini masalah dia. Saya tidak fikir agama boleh dipermainkan seperti itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Kerajaan Madani memeterai CSA pada 29 Oktober lalu dengan enam Ahli Parlimen Bersatu yang diketuai Presidennya, Muhyiddin Yassin serta tujuh wakil rakyat lain, termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.<\/p>\n<p>Perjanjian seumpama itu bertujuan memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan dan kelangsungan sokongan di Parlimen bagi membolehkan dasar serta agenda pembangunan negara dilaksanakan.<\/p>\n<p>Gesaan mendedahkan kandungan CSA timbul selepas Ketua Whip PN merangkap Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan meminta kerajaan menjelaskan secara terbuka terma dan syarat perjanjian berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan kandungan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Madani dengan Parti Bersatu serta beberapa Ahli Parlimen Bebas, susulan gesaan Perikatan Nasional (PN) supaya perjanjian itu dibuka kepada umum. Anwar berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk merahsiakan perjanjian berkenaan kerana kandungannya tidak melibatkan perkara yang perlu disembunyikan. Beliau yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17258,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,73,5434,126,197,5449,146],"authors":[],"class_list":["post-17570","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-bersatu","tag-csa","tag-pas","tag-perdana-menteri","tag-perjanjian-kepercayaan-dan-perbekalan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17570","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17570"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17570\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17571,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17570\/revisions\/17571"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17258"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17570"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17570"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17570"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17570"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}