{"id":17585,"date":"2026-11-06T03:39:17","date_gmt":"2026-11-06T03:39:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17585"},"modified":"2026-11-06T03:39:17","modified_gmt":"2026-11-06T03:39:17","slug":"bekas-jurufoto-utusan-berdepan-masalah-kesihatan-terima-bantuan-tabung-kasih-hawana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekas-jurufoto-utusan-berdepan-masalah-kesihatan-terima-bantuan-tabung-kasih-hawana\/","title":{"rendered":"Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana"},"content":{"rendered":"<p>Bekas jurufoto Utusan Malaysia, Mohd Azlan Baharum, 42, yang berdepan masalah kesihatan akibat gout kronik dan penyakit buah pinggang menerima bantuan menerusi Tabung Kasih Hari Wartawan Nasional (Hawana).<\/p>\n<p>Sumbangan itu disampaikan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika mengadakan lawatan ziarah ke kediaman Mohd Azlan di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini.<\/p>\n<p>Mohd Azlan kini memerlukan rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu susulan penyakit buah pinggang yang dihidapinya, selain berdepan masalah kesihatan akibat gout kronik.<\/p>\n<p>Teo berkata, bantuan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui Tabung Kasih Hawana bagi membantu bekas pengamal media yang berdepan kesulitan hidup, khususnya akibat masalah kesihatan.<\/p>\n<p>&#8220;Sejak dilancarkan pada 2023, Tabung Kasih Hawana sudah menyalurkan bantuan kepada 901 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.6 juta.<\/p>\n<p>&#8220;Untuk Terengganu sahaja, seramai 38 orang menerima bantuan menerusi tabung ini pada tahun ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, tabung berkenaan diwujudkan sebagai saluran kebajikan bagi memastikan bekas pengamal media yang memerlukan bantuan terus mendapat perhatian dan sokongan.<\/p>\n<p>Program itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Telekom Malaysia (TM) yang menyumbang menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).<\/p>\n<p>Teo berkata, Bernama bertindak sebagai urus setia Tabung Kasih Hawana dan pengamal media serta bekas pengamal media yang memerlukan bantuan boleh menghubungi agensi berita itu atau pejabatnya untuk mendapatkan maklumat lanjut.<\/p>\n<p>Beliau turut menghargai komitmen TM yang berganding bahu menjayakan inisiatif berkenaan bagi memastikan lebih ramai bekas pengamal media yang berdepan kesusahan dapat dibantu.<\/p>\n<p>Katanya, kerjasama pelbagai pihak penting bagi memastikan Tabung Kasih Hawana terus menjadi platform kebajikan dalam menjaga kesejahteraan warga media, termasuk mereka yang tidak lagi aktif dalam industri.<\/p>\n<p>Tabung Kasih Hawana dilancarkan pada 2023 sebagai inisiatif membantu pengamal media dan bekas pengamal media yang berdepan masalah kesihatan, kewangan serta kesukaran hidup.<\/p>\n<p>Inisiatif itu juga mencerminkan penghargaan terhadap sumbangan warga media yang pernah memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas jurufoto Utusan Malaysia, Mohd Azlan Baharum, 42, yang berdepan masalah kesihatan akibat gout kronik dan penyakit buah pinggang menerima bantuan menerusi Tabung Kasih Hari Wartawan Nasional (Hawana). Sumbangan itu disampaikan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika mengadakan lawatan ziarah ke kediaman Mohd Azlan di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini. Mohd Azlan kini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17586,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[344,5551,184,5552,5553,33,2325],"authors":[],"class_list":["post-17585","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-hawana","tag-jurufoto","tag-komunikasi","tag-mohd-azlan-baharum","tag-tabung-kasih-hari-wartawan-nasional","tag-teo-nie-ching","tag-utusan-malaysia"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17585","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17585"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17585\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17587,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17585\/revisions\/17587"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17585"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}