{"id":17598,"date":"2026-11-06T06:47:48","date_gmt":"2026-11-06T06:47:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17598"},"modified":"2026-11-06T06:47:48","modified_gmt":"2026-11-06T06:47:48","slug":"prn-melaka-isu-kemudahan-asas-machap-jaya-jadi-fokus-ginie-jika-menang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-isu-kemudahan-asas-machap-jaya-jadi-fokus-ginie-jika-menang\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang"},"content":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Ginie Lim Siew Lin berhasrat membawa kemudahan stesen minyak lebih dekat dengan kawasan penempatan penduduk sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.<\/p>\n<p>Beliau berkata, cadangan itu antara perkara yang dibangkitkan penduduk sepanjang kempen, khususnya bagi memudahkan urusan harian masyarakat setempat yang memerlukan kemudahan tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan jabatan kerajaan serta pengusaha berkaitan bagi meneliti kesesuaian lokasi dan keperluan pembinaan stesen minyak berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cAda penduduk menyuarakan keperluan sebuah stesen minyak yang lebih dekat untuk memudahkan urusan harian.<\/p>\n<p>\u201cBagi cadangan stesen minyak pula, saya akan berbincang dengan jabatan serta pengusaha berkaitan mengenai lokasi, keperluan dan kesesuaiannya,\u201d katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Selain itu, Ginie berkata, isu kemudahan asas dan penyelenggaraan infrastruktur turut menjadi antara perkara yang memerlukan perhatian di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau memberi contoh keadaan padang bola di Hutan Percha yang masih belum dilengkapi kemudahan mencukupi, sekali gus menjejaskan keselesaan penduduk untuk menjalankan aktiviti riadah.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga membangkitkan keadaan padang bola di Hutan Percha yang kemudahannya tidak lengkap.<\/p>\n<p>\u201cPerkara sebegini mungkin nampak kecil, tetapi kesannya dirasai setiap hari, termasuk oleh kanak-kanak dan anak muda yang memerlukan ruang untuk beriadah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas perkembangan kempen yang memasuki hari keenam, Ginie berkata, sambutan penduduk setakat ini memberangsangkan apabila ramai mengambil peluang menyampaikan pandangan serta masalah yang dihadapi di kawasan masing-masing.<\/p>\n<p>Katanya, pertemuan dengan masyarakat di kampung, kawasan ladang dan Felda memberi gambaran lebih jelas mengenai keperluan penduduk serta harapan mereka terhadap pembangunan Machap Jaya untuk tempoh lima tahun akan datang.<\/p>\n<p>\u201cPenerimaan penduduk setakat ini cukup baik dan memberi semangat kepada saya serta pasukan.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya, pandangan inilah yang perlu menjadi asas kepada perancangan pembangunan Machap Jaya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada PRN Melaka kali ini, kerusi DUN Machap Jaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ginie mewakili PH, penyandang kerusi daripada Barisan Nasional (BN), Ngwe Hee Sem dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), B. Prasanth Kumar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Ginie Lim Siew Lin berhasrat membawa kemudahan stesen minyak lebih dekat dengan kawasan penempatan penduduk sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau berkata, cadangan itu antara perkara yang dibangkitkan penduduk sepanjang kempen, khususnya bagi memudahkan urusan harian masyarakat setempat yang memerlukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17599,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[136,409,5452,5453,192,9,103],"authors":[],"class_list":["post-17598","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-calon","tag-dun","tag-ginie-lim-siew-lin","tag-machap-jaya","tag-melaka","tag-pkr","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17598","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17598"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17598\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17600,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17598\/revisions\/17600"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17599"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17598"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17598"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17598"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17598"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}