{"id":1761,"date":"2025-07-24T14:12:03","date_gmt":"2025-07-24T14:12:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1761"},"modified":"2025-07-24T14:12:07","modified_gmt":"2025-07-24T14:12:07","slug":"pmo-bidas-mb-kedah-perlekeh-pengumuman-dibuat-pmx-jangan-jadi-belalang-tepi-lautan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmo-bidas-mb-kedah-perlekeh-pengumuman-dibuat-pmx-jangan-jadi-belalang-tepi-lautan\/","title":{"rendered":"PMO bidas MB Kedah perlekeh pengumuman dibuat PMX, jangan jadi &#8216;belalang tepi lautan&#8217;"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dibidas Pejabat Perdana Menteri (PMO) ekoran kenyataan yang memperlekehkan pengumuman penghargaan semalam oleh Perdana Menteri (PMX) Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Setiausaha Akhbar Kanan kepada PM, Tunku Nashrul Abaidah berkata Sanusi tidak wajar mempertikai langkah diambil kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan dengan memutar-belit fakta tidak berasas demi kepentingan politik semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cMenteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta segelintir pimpinan pembangkang boleh \u2018memperlekeh\u2019 penurunan harga RON95 daripada RM2.05 ke RM1.99 dan bantuan RM100 secara one off kepada semua orang dewasa di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cAkan tetapi sekurang-kurangnya penjimatan kos RON95 dapat membantu serba sedikit meringankan beban rakyat. Dan perlu diingat, inilah buat pertama kalinya, semua rakyat tanpa mengira status sosial menerima \u201csesuatu\u201d daripada Kerajaan sempena Bulan Kemerdekaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin mengambil sedikit masa untuk membantu Datuk Seri Sanusi memahami perbezaan antara \u201cbantuan\u201d dan \u201cbelanjawan\u201d satu konsep asas pentadbiran yang barangkali sukar difahami beliau sepanjang menjadi Menteri Besar,\u201d katanya pada taklimat harian PMO di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Tunku Nashrul menjelaskan, semua inisiatif yang diumumkan semalam bukanlah sebahagian daripada Belanjawan 2026 kerana belanjawan pada tahun tersebut hanya boleh diguna pakai pada tahun berkenaan sahaja dan disebabkan itu namanya Belanjawan 2026.<\/p>\n<p>\u201cManakala, kesemua penghargaan yang diumumkan semalam akan dilaksanakan tahun ini, bermula dengan SARA untuk semua pada 31 Ogos 2025,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, penghargaan khas itu diumumkan dengan mengambil kira keupayaan fiskal negara, dan sebagai tambahan kepada apa yang telah direncanakan di dalam Belanjawan 2025.<\/p>\n<p>Katanya lagi, pengumuman semalam juga khusus untuk menangani beban kos sara hidup rakyat dalam masa terdekat dan bantuan serta inisiatif lain untuk tahun depan akan diumumkan semasa Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Oktober ini.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya tiada gangguan daripada \u2018belalang di tepi lautan\u2019 seperti Sanusi dan rakan-rakan, Insya Allah Kerajaan Madani akan berkongsikan lebih banyak kemakmuran kepada rakyat Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, media melaporkan, Sanusi dipetik berkata, pengumuman yang dibuat Anwar berhubung bantuan tunai dan penurunan harga minyak tidak akan menjejaskan perancangan rakyat untuk menghadiri Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan Sabtu ini.<\/p>\n<p>Katanya, pengumuman tersebut hanya dibuat bagi meredakan suhu panas politik selain bertujuan mengelak rakyat turun berhimpun.<\/p>\n<p>Menurutnya, biarpun pengumuman tersebut bersifat positif namun, ia tidak akan menghalang rakyat untuk berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Madani.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dibidas Pejabat Perdana Menteri (PMO) ekoran kenyataan yang memperlekehkan pengumuman penghargaan semalam oleh Perdana Menteri (PMX) Anwar Ibrahim. Setiausaha Akhbar Kanan kepada PM, Tunku Nashrul Abaidah berkata Sanusi tidak wajar mempertikai langkah diambil kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan dengan memutar-belit fakta tidak berasas demi kepentingan politik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":928,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,944,616,18,1012,124,742],"authors":[],"class_list":["post-1761","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-bantuan","tag-pmo","tag-pmx","tag-rm100","tag-sanusi","tag-tunku-nashrul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1761","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1761"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1761\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1762,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1761\/revisions\/1762"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/928"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1761"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1761"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1761"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1761"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}