{"id":17611,"date":"2026-11-06T11:39:00","date_gmt":"2026-11-06T11:39:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17611"},"modified":"2026-11-06T11:39:00","modified_gmt":"2026-11-06T11:39:00","slug":"tahanan-rumah-najib-ditangguh-agc-teliti-isu-undang-undang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tahanan-rumah-najib-ditangguh-agc-teliti-isu-undang-undang\/","title":{"rendered":"Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang"},"content":{"rendered":"<p>Pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak ditangguhkan sementara bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti dan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge) yang dikeluarkan.<\/p>\n<p>AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sepanjang tempoh penangguhan itu, Najib akan kekal di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa dan arahan pihak berkuasa berkaitan.<\/p>\n<p>Menurut AGC, keputusan itu bukan bertujuan mempertikaikan atau mengetepikan titah Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya bagi memastikan pelaksanaannya dibuat dengan tepat dan selaras dengan kedudukan undang-undang.<\/p>\n<p>&#8220;Penangguhan sementara ini bukan bertujuan mempertikaikan atau mengetepikan titah Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya merupakan langkah bagi memastikan titah tersebut dan perintah mahkamah yang berkaitan dilaksanakan dengan tepat, teratur dan selaras dengan kedudukan undang-undang sebenar,&#8221; menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>AGC menjelaskan, penelitian lanjut diperlukan bagi menentukan kesan pembayaran denda RM50 juta oleh Najib terhadap baki hukuman penjara dalam kes penyelewengan dana SRC International.<\/p>\n<p>Perintah Pengampunan Bersyarat bertarikh 18 September 2026 yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menetapkan Najib boleh menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat ditetapkan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, AGC mengenal pasti dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan.<\/p>\n<p>Tafsiran pertama ialah pembayaran RM50 juta hanya menyelesaikan komponen denda, manakala baki hukuman penjara masih perlu dijalani sehingga 23 Ogos 2028, dengan tahanan di rumah sebagai kaedah alternatif menjalani hukuman.<\/p>\n<p>Tafsiran kedua pula ialah pembayaran denda tersebut membolehkan pengampunan berkuat kuasa sepenuhnya, sekali gus menyebabkan keseluruhan hukuman bagi kes SRC International termasuk hukuman penjara dianggap selesai.<\/p>\n<p>Persoalan turut timbul berhubung Perintah Pelepasan Pembayaran Denda bertarikh 6 November 2026 yang mengarahkan pembebasan serta-merta, tetapi pada masa sama menetapkan baki hukuman dijalani melalui tahanan di rumah.<\/p>\n<p>Isu itu juga mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan hukuman penjara Najib dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), memandangkan perintah mahkamah menetapkan hukuman bagi kes berkenaan bermula selepas hukuman kes SRC International selesai.<\/p>\n<p>AGC turut mengambil kira keputusan Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2026 yang menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman bagi kes 1MDB.<\/p>\n<p>&#8220;Memandangkan isu-isu dibangkitkan melibatkan persoalan perundangan yang kompleks dan merupakan suatu keadaan belum pernah dihadapi sebelum ini, penjelasan undang-undang yang jelas dan muktamad perlu diperoleh sebelum tindakan pelaksanaan selanjutnya diambil,&#8221; menurut AGC.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Najib dilaporkan selesai membayar denda RM50 juta di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di sini hari ini.<\/p>\n<p>Pegawai khasnya, Ahmad Lutfi Azhar hadir kira-kira 11.30 pagi bagi menyelesaikan urusan pembayaran dan prosedur pentadbiran berkaitan.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Najib mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International. Beliau kini berusia 73 tahun.<\/p>\n<p>Tindakan AGC mendapatkan penjelasan lanjut itu bermakna pelaksanaan tahanan di rumah masih belum dapat dimuktamadkan sehingga kedudukan undang-undang berhubung pengampunan dan perintah mahkamah diperjelaskan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak ditangguhkan sementara bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti dan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge) yang dikeluarkan. AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sepanjang tempoh penangguhan itu, Najib akan kekal di tempat tahanan sedia ada, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":955,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[406,265,121,342,5560,865,146],"authors":[],"class_list":["post-17611","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agc","tag-agong","tag-najib","tag-peguam-negara","tag-perintah-pengampunan-bersyarat","tag-tahanan-rumah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17611","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17611"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17611\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17612,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17611\/revisions\/17612"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/955"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17611"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17611"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17611"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17611"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}