{"id":17613,"date":"2026-11-06T11:43:52","date_gmt":"2026-11-06T11:43:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17613"},"modified":"2026-11-06T11:43:52","modified_gmt":"2026-11-06T11:43:52","slug":"manifesto-bn-pn-air-percuma-rumah-mampu-milik-jadi-taruhan-di-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/manifesto-bn-pn-air-percuma-rumah-mampu-milik-jadi-taruhan-di-melaka\/","title":{"rendered":"Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Tiada kenaikan kadar cukai tanah selama lima tahun dan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bagi kegunaan domestik menjadi antara tawaran utama manifesto gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.<\/p>\n<p>Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata manifesto yang berteraskan enam teras utama itu mengandungi 113 inisiatif dengan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, perumahan, pendidikan, pembangunan ekonomi serta masa depan golongan muda.<\/p>\n<p>Menurutnya, setiap tawaran disusun mengikut tiga fasa pelaksanaan iaitu dalam tempoh 100 hari, satu tahun dan lima tahun, bergantung kepada skop serta keperluan inisiatif berkenaan.<\/p>\n<p>Antara tawaran lain ialah potongan harga 30 peratus bagi pembelian ayam dan daging menerusi program Jualan Mesra yang akan dilaksanakan secara berkala.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, kita turut menyasarkan penyediaan 25,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun, selain menawarkan kemudahan pinjaman sehingga RM80,000 bagi pembinaan rumah di atas tanah sendiri.<\/p>\n<p>&#8220;Program Melaka Rumahku juga akan diteruskan menerusi pembinaan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih bagi membantu keluarga yang memerlukan,&#8221; katanya ketika membentangkan manifesto BN-PN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.<\/p>\n<p>Dalam aspek ekonomi, gabungan itu menyasarkan kemasukan pelaburan berjumlah RM30 bilion serta mewujudkan 25,000 peluang pekerjaan menerusi pembangunan kawasan industri baharu dan sektor berteknologi tinggi.<\/p>\n<p>Selain itu, lebih 15,000 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) disasarkan menerima latihan, dengan hasrat menjadikan Melaka sebagai hab TVET bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri.<\/p>\n<p>Bagi sektor pendidikan, bantuan RM1,000 untuk kemasukan anak Melaka ke Universiti Melaka (UNIMEL) dan Kolej Universiti Islam Melaka (MiCOST) akan diteruskan.<\/p>\n<p>&#8220;Kita juga menawarkan kelas tuisyen percuma bagi pelajar SPM dan STPM, selain bantuan tambang pengangkutan murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA),&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Gabungan itu turut menawarkan latihan percuma berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT), geran keusahawanan anak muda serta pembangunan Melaka Digital dan AI Hub bagi memperluas penyertaan golongan muda dalam ekonomi digital.<\/p>\n<p>Dari sudut pentadbiran, program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) akan diteruskan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN), selain memperkukuh program HEBAT, sistem aduan rakyat dan pendigitalan perkhidmatan kerajaan.<\/p>\n<p>Ab Rauf berkata, manifesto itu dirangka untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, selaras dengan prinsip &#8216;No One Is Left Behind&#8217;.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa rekod pelaksanaan manifesto terdahulu bagi tempoh 2021 hingga 2026 mencapai 97 peratus.<\/p>\n<p>&#8220;Ini menjadi asas penting untuk kita terus menilai pelaksanaan tawaran baharu dengan telus dan bertanggungjawab,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada kenaikan kadar cukai tanah selama lima tahun dan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bagi kegunaan domestik menjadi antara tawaran utama manifesto gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata manifesto yang berteraskan enam teras utama itu mengandungi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4948,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,5561,378,1759,2512,192,951,103],"authors":[],"class_list":["post-17613","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-air-percuma","tag-bn","tag-janji","tag-manifesto","tag-melaka","tag-pn","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17613","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17613"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17613\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17614,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17613\/revisions\/17614"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4948"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17613"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17613"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17613"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17613"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}