{"id":17618,"date":"2026-11-06T12:04:16","date_gmt":"2026-11-06T12:04:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17618"},"modified":"2026-11-06T12:04:16","modified_gmt":"2026-11-06T12:04:16","slug":"prn-melaka-abang-long-akan-jalan-10km-dekati-pengundi-duyong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-abang-long-akan-jalan-10km-dekati-pengundi-duyong\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong"},"content":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan akan berjalan sejauh 10 kilometer menerusi misi &#8216;Langkah Abang Long&#8217; pada Ahad ini bagi menilai keadaan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Program yang dijadual bermula jam 7 pagi itu akan melibatkan 10 hentian, bermula dari Taman Seri Duyong sebelum berakhir di Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama.<\/p>\n<p>Long Suan, 43, yang juga bekas Ahli Majlis Hang Tuah Jaya berkata, misi berkenaan turut disertai Pengerusi DAP Melaka merangkap Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.<\/p>\n<p>Menurutnya, tumpuan utama program itu adalah menilai keadaan laluan pejalan kaki serta kemudahan asas yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian.<\/p>\n<p>&#8220;Laluan pejalan kaki antara kemudahan asas dan penting yang digunakan penduduk setiap hari. Kita mahu memastikan laluan itu mempunyai akses yang baik dan selamat digunakan,&#8221; katanya pada sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perjalanan yang dijangka mengambil masa kira-kira tiga jam itu turut menjadi platform untuk mendekati penduduk di setiap hentian bagi mendengar sendiri masalah, aduan dan pandangan mereka mengenai pembangunan kawasan Duyong.<\/p>\n<p>Long Suan menjelaskan, segala maklum balas yang diperoleh akan dijadikan panduan untuk merancang pembangunan infrastruktur baharu atau menaik taraf kemudahan sedia ada sekiranya PH diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.<\/p>\n<p>Beliau turut mengalu-alukan penyertaan penduduk setempat dalam program itu bagi menggalakkan interaksi dan merapatkan hubungan komuniti.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Long Suan berkata kira-kira 45 peratus penduduk DUN Duyong sudah disantuni menerusi pelbagai program turun padang sepanjang enam hari pertama kempen pilihan raya.<\/p>\n<p>&#8220;Setakat ini, saya lihat respons penduduk sangat positif dan saya akan bekerja lebih kuat untuk menawan hati pengundi dalam tempoh kempen yang berbaki seminggu ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pendekatan bertemu penduduk secara bersemuka akan diteruskan pada minggu kedua kempen dengan memberi tumpuan kepada beberapa kawasan termasuk Durian Daun, Semabok Perdana, Bukit Godek, Seri Duyong dan Desa Duyong.<\/p>\n<p>Persaingan di DUN Duyong menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Long Suan dan penyandang kerusi daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Noor Helmy Abdul Halem.<\/p>\n<p>Pada PRN Melaka ke-15, Mohd Noor Helmy mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis 200 undi, menjadikan Duyong antara kawasan yang berpotensi menyaksikan persaingan sengit kali ini.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan akan berjalan sejauh 10 kilometer menerusi misi &#8216;Langkah Abang Long&#8217; pada Ahad ini bagi menilai keadaan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan berkenaan. Program yang dijadual bermula jam 7 pagi itu akan melibatkan 10 hentian, bermula dari Taman Seri Duyong sebelum berakhir [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17619,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,409,881,192,103],"authors":[],"class_list":["post-17618","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-dun","tag-duyong","tag-melaka","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17618","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17618"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17618\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17620,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17618\/revisions\/17620"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17619"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17618"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17618"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17618"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17618"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}