{"id":17627,"date":"2026-11-07T03:45:58","date_gmt":"2026-11-07T03:45:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17627"},"modified":"2026-11-07T03:45:58","modified_gmt":"2026-11-07T03:45:58","slug":"malaysia-mahu-liputan-internet-turut-fokus-kawasan-ekonomi-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-mahu-liputan-internet-turut-fokus-kawasan-ekonomi-fahmi\/","title":{"rendered":"Malaysia mahu liputan Internet turut fokus kawasan ekonomi: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia bercadang mengemukakan cadangan supaya pengukuran liputan Internet di peringkat antarabangsa tidak lagi hanya tertumpu kepada kawasan berpenduduk, sebaliknya turut mengambil kira lokasi yang mempunyai aktiviti ekonomi.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan kawasan seperti lebuh raya, laluan kereta api, pelabuhan, kawasan nelayan dan destinasi pelancongan turut mendapat perhatian dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, cadangan berkenaan sedang diteliti susulan aduan orang ramai dan Ahli Parlimen mengenai masalah capaian Internet di lokasi yang tidak mempunyai penempatan penduduk tetap tetapi menjadi laluan perhubungan utama atau pusat kegiatan ekonomi.<\/p>\n<p>Menurutnya, standard sedia ada yang dikenali sebagai Coverage of Populated Areas (COPA) perlu dipertimbangkan semula dengan memperkenalkan pendekatan Coverage of Economic Areas.<\/p>\n<p>\u201cKita nak cadangkan di peringkat ITU, apakah wajar boleh kita pertimbangkan semula standard daripada COPA kepada Coverage of Economic Areas.<\/p>\n<p>\u201cKita nak lihat bukan berdasarkan tempat itu ada orang duduk situ ataupun tak, tetapi ada tak ekonomi dijalankan di tempat itu,\u201d katanya dalam temu bual menjelang Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU PP-26), hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, antara kawasan yang perlu diberikan perhatian termasuk laluan jalan raya utama, jajaran kereta api, pelabuhan serta kawasan pesisir pantai yang menjadi lokasi kegiatan nelayan.<\/p>\n<p>Selain itu, destinasi pelancongan dan rekreasi seperti Taman Negara serta pulau-pulau di Sabah juga wajar diberikan pertimbangan dalam perancangan liputan Internet.<\/p>\n<p>Katanya, kawasan berkenaan mungkin tidak mempunyai penduduk tetap, namun keperluan Internet tetap penting bagi menyokong aktiviti ekonomi, pelancongan dan pergerakan orang ramai.<\/p>\n<p>\u201cRamai mengadu tentang Internet atau talian mereka di laluan-laluan utama, jalan-jalan raya dan tempat-tempat yang sebenarnya tak ada penduduk tetapi menghubungkan antara dua tempat ataupun menjadi tempat adanya aktiviti ekonomi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Malaysia melihat keperluan mengangkat idea berkenaan ke peringkat antarabangsa kerana isu itu belum banyak dibincangkan dalam penetapan standard liputan telekomunikasi global.<\/p>\n<p>\u201cKita nampak banyak keperluan untuk kita angkat idea seperti ini yang setakat ini belum dibincangkan. Jadi, mungkin Malaysia antara yang pertama untuk bawa perkara ini ke peringkat ITU,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fahmi berada di Doha dari 6 hingga 11 November bagi mengetuai delegasi Malaysia ke ITU PP-26 dengan misi mempertahankan kerusi negara sebagai ahli Majlis ITU bagi penggal 2027 hingga 2030.<\/p>\n<p>Persidangan yang diadakan setiap empat tahun itu merupakan platform tertinggi ITU untuk membincangkan hala tuju pembangunan telekomunikasi dan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) dunia.<\/p>\n<p>Sebagai agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ITU bertanggungjawab menyelaras standard telekomunikasi antarabangsa, pengagihan spektrum radio serta pembangunan rangkaian komunikasi global.<\/p>\n<p>Cadangan Malaysia itu berpotensi memperluas penilaian liputan Internet supaya bukan sahaja mengambil kira keperluan penduduk, malah kepentingan ekonomi dan pembangunan digital negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia bercadang mengemukakan cadangan supaya pengukuran liputan Internet di peringkat antarabangsa tidak lagi hanya tertumpu kepada kawasan berpenduduk, sebaliknya turut mengambil kira lokasi yang mempunyai aktiviti ekonomi. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan kawasan seperti lebuh raya, laluan kereta api, pelabuhan, kawasan nelayan dan destinasi pelancongan turut mendapat perhatian dalam pembangunan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5187,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1635,49,5549,16,2117,5564],"authors":[],"class_list":["post-17627","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-doha","tag-fahmi-fadzil","tag-itu-pp","tag-mcmc","tag-menteri-komunikasi","tag-persidangan-plenipotentiary-kesatuan-telekomunikasi-antarabangsa"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17627","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17627"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17627\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17628,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17627\/revisions\/17628"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17627"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17627"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17627"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17627"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}