{"id":17644,"date":"2026-11-07T07:09:53","date_gmt":"2026-11-07T07:09:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17644"},"modified":"2026-11-07T09:29:47","modified_gmt":"2026-11-07T09:29:47","slug":"jalaluddin-nafi-mahu-jatuhkan-mb-negeri-sembilan-tiada-usul-undi-tidak-percaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jalaluddin-nafi-mahu-jatuhkan-mb-negeri-sembilan-tiada-usul-undi-tidak-percaya\/","title":{"rendered":"Jalaluddin nafi mahu jatuhkan MB Negeri Sembilan, tiada usul undi tidak percaya"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias menafikan dakwaan beliau merancang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ismail Lasim bagi menggugat kedudukan kepimpinan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan, apatah lagi dipersetujui dalam mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>Menurutnya, mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang berlangsung di Wisma UMNO negeri hari ini mencapai kesepakatan untuk menolak sebarang persepsi mengenai perpecahan atau kewujudan kem tertentu dalam kalangan wakil rakyat BN.<\/p>\n<p>\u201cAwak ada dengar ke saya nak menjatuhkan Menteri Besar? Tidak ada. Saya sudah jelaskan dalam mesyuarat tadi.<\/p>\n<p>\u201cSampai pagi ini masih ada kata-kata mengatakan hari ini kami akan membuat keputusan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, sedangkan perkara itu tidak ada. Tolonglah hentikan,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Mengulas dakwaan wujud kem tertentu yang dikaitkan dengan dirinya dan Ismail, Jalaluddin berkata semua wakil rakyat perlu mengetepikan persepsi sedemikian dan memberi tumpuan kepada tanggungjawab masing-masing.<\/p>\n<p>Katanya, tiada keperluan untuk pemimpin kerajaan negeri saling berbalah kerana keutamaan ketika ini adalah memastikan pentadbiran berjalan lancar serta kebajikan rakyat terus terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cSaya fikir tidak ada keperluan untuk kita melihat pemimpin kita, wakil-wakil kita berlaga antara satu dengan lain. Kita harus memberikan sokongan dan pandangan bagaimana untuk kita terus bergerak supaya negeri dan rakyat terus diurus tadbir,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Jalaluddin menjelaskan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebelum ini adalah atas titah baginda dan beliau sentiasa bersedia menghadap apabila diperkenankan.<\/p>\n<p>\u201cDalam apa keadaan sekalipun, sebagai ketua parti, apabila saya dititah menghadap oleh Tuanku saya akan patuh. Apatah lagi sebagai rakyat, apabila dititah menghadap oleh Raja saya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berharap semua pihak memainkan peranan ke arah penyatuan bagi membolehkan kemelut politik negeri itu diselesaikan dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Sementara itu, Jalaluddin berkata beliau tidak mengetahui mengenai pertemuan dua ADUN Perikatan Nasional (PN) dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja\u2019afar semalam.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada wakil rakyat BN terlibat dalam pertemuan tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias menafikan dakwaan beliau merancang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ismail Lasim bagi menggugat kedudukan kepimpinan kerajaan negeri. Sebaliknya, beliau menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan, apatah lagi dipersetujui dalam mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN). Menurutnya, mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9668,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,409,4644,1265,5567,1052],"authors":[],"class_list":["post-17644","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-dun","tag-ismail-lasim","tag-jalaluddin-alias","tag-umno-negeri-sembilan","tag-undi-tidak-percaya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17644","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17644"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17644\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17645,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17644\/revisions\/17645"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9668"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17644"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17644"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17644"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17644"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}