{"id":17646,"date":"2026-11-07T07:11:58","date_gmt":"2026-11-07T07:11:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17646"},"modified":"2026-11-07T07:11:58","modified_gmt":"2026-11-07T07:11:58","slug":"muhyiddin-jika-saya-pm-saya-sudah-pecat-pemimpin-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-jika-saya-pm-saya-sudah-pecat-pemimpin-bn\/","title":{"rendered":"Muhyiddin: Jika saya PM, saya sudah pecat pemimpin BN"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Parti Bersatu, Muhyiddin Yassin menyifatkan pertelingkahan terbuka antara pemimpin Kerajaan Perpaduan sebagai petanda hubungan dalam kerajaan semakin rapuh sehingga berisiko menjejaskan kestabilan pentadbiran.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perselisihan antara parti yang membentuk kerajaan sepatutnya diselesaikan melalui rundingan dalaman, bukannya dengan melontarkan kritikan secara terbuka sehingga menimbulkan persepsi kerajaan sedang berpecah.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemimpin yang berada dalam kerajaan perlu menghormati prinsip kerjasama dan menggunakan saluran parti atau mesyuarat Kabinet untuk menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat.<\/p>\n<p>\u201cBiasanya prinsipnya kalau jadi anggota dalam sebuah kerajaan, jangan kecam kerajaan sendiri ataupun parti yang ada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cApa-apa, kalau ada pun, bawa berunding. Dalam peringkat parti boleh ataupun dalam Kabinet kalau ada isu tertentu yang tidak puas hati.<\/p>\n<p>\u201cBukan diluahkan di luar yang menunjukkan bukan sahaja keretakan, malah macam sudah nak pecah Kerajaan Perpaduan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program kempen di Bachang, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Muhyiddin mengakui perkembangan itu memberikan kelebihan kepada pembangkang, namun menegaskan keadaan tersebut tetap membimbangkan kerana boleh menjejaskan pelaksanaan dasar dan janji kerajaan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Katanya, jika hubungan antara parti dalam kerajaan terus dibelenggu pertelingkahan, usaha melaksanakan agenda pembangunan negara juga berdepan kesukaran.<\/p>\n<p>\u201cSaya di pihak pembangkang, saya sukalah. Tapi maksud saya, apa yang sedang berlaku ini satu perkara yang cukup membimbangkan.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan tidak ada perbalahan, perpecahan pun tidak dapat dilaksanakan. Janji banyak tinggal janji. Apatah lagi apabila sudah ada isu seperti ini dan berlaku perbalahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas kedudukan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan, Muhyiddin berpandangan mereka yang tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan Perdana Menteri wajar meninggalkan pentadbiran.<\/p>\n<p>Beliau turut menyatakan sekiranya berada di tempat Perdana Menteri, tindakan tegas termasuk merombak Kabinet akan diambil terhadap menteri yang tidak lagi mempunyai keserasian dalam pentadbiran.<\/p>\n<p>\u201cJadi kalau saya pun biasa berfikir, kalau begitu elok mereka keluar.<\/p>\n<p>\u201cKalau saya jadi Perdana Menteri, saya dah buanglah. Saya rombak Kabinet dan tentukan supaya mereka yang tidak sehaluan dengan saya ini tidak boleh duduk di situ, malah tidak boleh bersama dalam kerajaan pun,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 menghimpunkan beberapa gabungan politik termasuk Pakatan Harapan (PH), BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).<\/p>\n<p>Kerjasama pelbagai parti itu menyaksikan kestabilan politik dan kesepakatan antara pemimpin kerajaan menjadi antara cabaran utama dalam memastikan pentadbiran berjalan lancar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Parti Bersatu, Muhyiddin Yassin menyifatkan pertelingkahan terbuka antara pemimpin Kerajaan Perpaduan sebagai petanda hubungan dalam kerajaan semakin rapuh sehingga berisiko menjejaskan kestabilan pentadbiran. Beliau berkata, perselisihan antara parti yang membentuk kerajaan sepatutnya diselesaikan melalui rundingan dalaman, bukannya dengan melontarkan kritikan secara terbuka sehingga menimbulkan persepsi kerajaan sedang berpecah. Menurutnya, pemimpin yang berada dalam kerajaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13754,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,73,378,136,205,1590],"authors":[],"class_list":["post-17646","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-bersatu","tag-bn","tag-calon","tag-menteri","tag-muhyiddin-yassin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17646","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17646"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17646\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17647,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17646\/revisions\/17647"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13754"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17646"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17646"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17646"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17646"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}